"Saya Sembunyi Status Saya Sudah Beragama Islam" - Adam Corrie






Selepas gempar seluruh Malaysia dengan berita penyanyi rancak wanita kelahiran Akedemi Fantasia iaitu Stacy memeluk islam, tiba-tiba seorang artis Malaysia juga seorang Mualaf memuat naik status yang berunsur nasihat mengenai kehidupannya semasa awal-awal dia memeluk islam. Disebabkan waktu yang hampir sama dengan Stacy memeluk islam, seumpama status itu adalah satu nasihat kepada stacy..

Namun begitu, seperti yang kita tahu berita Stacy masuk islam adalah disebarkan oleh seorang individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan video Stacy mengucapkan dua kalimah syahadah, berikut adalah status yang dimuat naik oleh Adam Corrie atau namanya sebelum memeluk islam adalah Corrie Lee.

"Dulu selepas saya balik fitrah, saya sembunyi status sudah beragama Islam. Saya tak war-warkan.
Sebabnya ingin mencari masa yg sesuai utk khabarkan pada ahli keluarga terutama Ibu dan Ayah saya.
Selepas 8 bulan setelah pulang dari umrah, baru saya bersedia beritahu pada keluarga ttg pengislaman saya.

Dahulu pon... Rasulullah berdakwah sembunyi-sembunyi supaya tidak diketahui oleh pihak musuhnya. Takut di ancam oleh musuh mereka krn ketika itu tidak ramai lagi yang memeluk Islam. Islam tidak berkembang lagi.
Masalah utama saudara baru selepas kami mengucap ialah, penerimaan saudara baru oleh masyarakat Islam yg terlalu mendesak dan menekan. Inginkan perubahan yg drastik dilakukan oleh kami yg reverted . Bukannya dari golongan not yet muslim ... (ada, tapi peratusnya sgt kecil)"

0 Response to ""Saya Sembunyi Status Saya Sudah Beragama Islam" - Adam Corrie"

Catat Ulasan