Ibu mana yang tidak cemas apabila anak tercinta
yang dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh, tiba-tiba ditimpa perkara yang
tidak diingini.
Perkara itu berlaku kepada si comel,
Aaisyah Dhia Rana, sebaik sebelum Che Ta dan suami mahu pergi
ke rumah terbuka yang diadakan baru-baru ini.
“Aaisyah jatuh katil sebelum kami datang ke
sini (rumah terbuka) hingga hidungnya berdarah. Kami bawanya ke klinik dan
doktor menyuruh kami pastikan Aaishah tidak tidur dan aktif. Kami memang bimbang
apa-apa berlaku terhadapnya”
“Ia kejadian pertama terjadi membuatkan saya
‘mengamuk’ sekejap. Alhamdulillah tiada apa-apa yang serius,” jelas Che Ta
kepada Harian Metro. Malah, Zain juga turut cemas apabila perkara
tersebut terjadi.
0 Response to "ROZITA CHE WAN CEMAS AAISYAH DHIA RANA CEDERA?"
Catat Ulasan