Sanggup cari MC untuk jual air Ketum


Alaa… Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga. Macam tu la yang terjadi kat seorang pak guard berusia 28 tahun berasal dari Batu Kurau, Perak guna cuti sakit selama dua minggu untuk menjalankan aktiviti haram memproses air ketum!

Orang bagi cuti sakit untuk kebaikan dia juga tapi salah guna untuk aktiviti bodoh!!

Kerja haram dia buat tu terbongkar selepas serbuan di bangsal sebuah nursery bunga di Jalan Batu Muda 5, Jinjang. Dia kena tahan bersama 165 bungkusan air ketum yang dianggarkan bernilai RM1,650.

Lumayan juga jual air ketum ni noh tapi nak tambah duit poket pun dengan cara haram. Memang salah la wei!! Banyak cara lagi boleh buat tambah duit poket.

Masa serbuan tu lelaki tu tengah leka kusyuk seratus peratus dengan air ketum dia. Dia tak sedar polis dok intip.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy, polis merampas tiga plastik hitam berisi daun ketum kering 20.6 kilogram (kg) dan yang basah pula 6.5 kg still dalam periuk. Nak proses buat air la tu!

Nak kaya cepat macam-macam cara boleh buat bukan dengan cara yang haram ni ye!


- Utaranews.com

Related Posts :

0 Response to "Sanggup cari MC untuk jual air Ketum"

Catat Ulasan