Tahniah diucapkan kepada abby abadi , semoga pernikahan kali ini adalah yang terbaik buat abby .
Bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi menjelaskan dia tidak menunggu lama untuk membuat keputusan berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria kerana ingin mengelakkan fitnah.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 38, berkata, biarpun perkenalan mereka singkat namun dia yakin lelaki berkenaan adalah pilihan tepat buatnya.
"Biarpun sudah mengenali suami sejak 2012 tetapi kami tidak rapat dan hanya kembali berhubung akhir tahun lalu.
"Bagaimanapun kami membuat keputusan untuk segera berkahwin kerana ingin mengelak fitnah dan Alhamdulillah majlis pada hari ini (Jumaat) berjalan lancar," katanya kepada mStar Online.
Abby ditemui selepas selesai majlis akad nikahnya yang diadakan di Masjid As-Sobirin Keramat di sini, Jumaat.
Abby dan Muhammad Faizal, 41, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.
Muhammad Faizal adalah wartawan kanan di media pembangkang iaitu Harakah.
Majlis akad nikah disempurnakan oleh Imam Masjid As-Sobirin, Osman Daud dan Abby diwalikan bapanya, Abdul Manan Tadin.
0 Response to "Tahniah ! Abby Abadi Mahukan ANAK KEMBAR ! Good Luck !"
Catat Ulasan