Masih
ingatkah betapa gigihnya dahulu kita menggunakan komputer? Ketika Windows masih
terlalu buggy dan internet masih lagi terlalu perlahan. Ketika
mesej buffering adalah lebih lama berbanding video yang kita mahu
tonton di internet. Aah, semua masa yang manis untuk dikenang semula.
1. Kena buka Programs >
Accessories > Games setiap kali hendak main Solitaire.

2.
Rasa berkuasa semasa diberi peluang menggunakan OHP.

3.
Geram terpaksa pilih dan buang SMS sebab ‘No space’.

5.
Kena letak telefon bimbit sebelah-sebelah untuk pindah lagu.

6.
Seronok chatting di mIRC, Yahoo Messenger dan MSN Messenger. “ASL
Plz”.

7.
Terpaksa off internet setiap kali emak mahu guna telefon.

8.
Download lagu dari Jiwang.org. Oops.

9.
Belajar HTML semata-mata nak godek Myspace. Tak lama lepas tu, Friendster pun
boleh buat benda sama.

10. Betapa kerap Internet
Explorer hang, dan kita cepat-cepat penuhkan
skrin dengan error message.

0 Response to "10 Perkara Teknologi Yang Hanya Budak-Budak 80-an Dan 90-an Fahami"
Catat Ulasan