Backpackers
Remaja Berkopiah Jepun

Selesai
sesi Istitabah di Jabatan Mufti Selangor, saya terserempak dengan dua lelaki
berpakaian tradisional Jepun dan berkopiah dengan beberapa beg mereka mengangkat
ibujari di tepi jalan Masjid Shah Alam.
Saya
memberhentikan kereta dan bertanya apa yang saya boleh bantu? Mereka nak ke
stesen KTM Shah Alam dan saya bertanya lanjut mereka nak naik komuter ke mana?
Jawabnya nak ke KL Sentral.
Saya
tawarkan untuk bawa mereka ke sana walaupun saya sendiri perlu ke Yong Peng
Johor.
Saya
memperkenalkan diri dan mereka memperkenalkan diri. Seorang bernama Tada
(kacukan Jepun & Filipina) & seorang lagi ialah Mine (sebutan Min Meh)
yang lebih cerah orangnya.
Kedua-duanya
adalah rakan baik dan baru berusia 20 tahun tetapi mengembara ke Malaysia,
Thailand, Singapura & Indonesia dengan bajet USD800 untuk semua perbelanjaan
selama 10 hari.
Mereka
belum Muslim lagi dan mereka juga memakai kopiah yang baru dibeli ketika melawat
Masjid Shah Alam. Soalan pertama yang ditanya mereka kepada saya agak
pelik;
“Thanks you for helping us. Why you willing to help us when we have wave for 15 minutes but nobody stop but only you willing to stop. IS IT BECAUSE YOU ARE MUSLIM?”Terkejut saya dengan soalan mereka namun saya menjawab;
“Islam teach its followers to treat their guest well and Prophet Muhammad (pbuh) also said that whosoever lift a difficulty and facilitate the affairs of his brothers in this world, Allah will lift his difficulty in & make his affairs in the hereafter easier.”
Dipendekkan
cerita, dalam perjalanan kami berborak tentang latar belakang dan juga beliau
bertanya kenapa saya memilih Islam serta konsep akhirat dalam Islam.
Saya
menawarkan untuk belanja mereka lunch memandangkan mereka juga belum makan dan
akhirnya saya membawa mereka ke Dapur Sarawak untuk menikmati hidangan Malaysia
dan merasai sate, nasi lemak dan teh tarikh.
Banyak
soalan tentang yang ditanya terutamanya dari Tada yang lebih fasih berbahasa
Inggeris malahan mereka mahu belajar berwuduk dan solat dan respon mereka
apabila saya tanya tentang perasaan mereka setelah solat dan sujud, mereka
menjawab;
“I never feel like this before. Very peaceful. Very calm, feel very humble and close to God.”
Setiap
pertemuan pasti akan ada perpisahan. Kami menghadiahkan senaskah Quran, MP3
Quran, minyak attar dari Mekah serta kain sarung yang kami pinjamkan kepada
mereka untuk belajar solat kerana mereka merasakan selesa dan suka padanya.
Sebelum berpisah, Tada berkata kepada saya;
We never expect to meet you on our last day in Malaysia. We do not know how to repay or thank you but we really enjoy our short moment together. We love you and your friends here, we love Malaysian for their kindness and we love Allah.Next time when I see someone in need of help, I will remember your advice to spread love and kindness to others. We love you brother.
Semoga
mereka terus mencari kebenaran dan dikurniakan hidayah oleh Allah SWT.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Nota
Editor: Kisah benar ini telah dikongsikan di Facebook Firdaus Wong Wai
Hung yang telah bertemu secara tak sengaja dengan 2 remaja dari Jepun yang
sedang mengembara di Malaysia.
Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari
penulis. Semoga ia turut memberi inspirasi untuk anda juga melakukan kebaikan
sesama insan tanpa mengira agama. Sesungguhnya Islam itu mudah dan menyukai
perdamaian.
0 Response to "Bertemu Backpacker Remaja Berkopiah Dari Jepun, Inilah Yang Lelaki Ini Lakukan"
Catat Ulasan