Ampang - Setelah gambar dua orang
pelanggan membawa anjing di dalam troli di Tesco menjadi viral, kini timbul pula
gambar seorang lelaki yang membuat perkara yang sama di sebuah pasaraya di
Ampang.
Menurut gambar yang dimuat naik
oleh pengguna Facebook Muhammad Senyum, lelaki berkenaan membawa anak anjingnya
di dalam sebuah troli.

Gambar terbabit diambil pada 25
Ogos lepas iaitu sebelum isu dua wanita membawa anjing dalam troli menjadi
viral. Muhammad Senyum kemudian sekali lagi memuat naik gambar yang sama pada 6
September yang lalu.
Sementara itu, Tesco Malaysia
telah mengambil tindakan membesarkan saiz papan tanda larangan membawa haiwan di
semua 53 pasarayanya di seluruh negara berikutan isu dua pelanggan yang membawa
anjing menaiki troli di Tesco Extra Plentong Johor Bahru pada Jumaat
lepas.
Menurut Pengarah Hal Ehwal
Korporat dan Perhubungan Kerajaan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Halal Tesco,
Datuk Azlan Shah Alias, tindakan itu bertujuan bagi memastikan larangan
berkenaan disedari setiap pengunjung.
“Kami sedang mengkaji untuk membuat papan tanda
larangan membawa masuk haiwan ke dalam premis dengan saiz yang lebih besar,
jelas dan banyak di pasar raya.

“Papan tanda sedia ada mungkin kurang mendapat
perhatian orang ramai kerana saiznya tidak berapa besar dan dibuat di atas
pelekat lutsinar,” katanya memetik laporan Kosmo!
.Credit Sikapkeli
0 Response to "(3 Gambar) Lagi gambar pelanggan bawa anjing dalam troli tersebar"
Catat Ulasan