
Putrajayan : Seorang pesara
kerajaan maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabit dalam
kemalangan membabitkan tiga kenderaan di simpang empat lampu isyarat Lebuh
Bestari/Lebuh Perdana Selatan berdekatan Taman Warisan, Presint 16, di sini,
hari ini.
Dalam kejadian jam 5.10 petang
itu, mangsa Tengku Mohd Khalid Tengku Salleh, 59, yang menunggang motosikal
jenis Kawasaki maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Putrajaya
Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, siasatan awal berpandukan pemantauan
kamera litar tertutup (CCTV) di situ mendapati mangsa dipercayai mengejar lampu
isyarat kuning, menyebabkan dia berlanggar dengan sebuah kereta Proton Saga
dipandu seorang lelaki.
"Motosikal mangsa terpelanting dan
terkena sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang berhenti di
arah bertentangan.
"Mangsa pula tercampak kira-kira
20 meter ke hadapan dan terkena tiang papan tanda yang berada di tempat
kejadian," katanya ketika dihubungi.
Rosly berkata, pemandu lelaki yang
menaiki Proton Saga lelaki berusia 31 tahun dan pemandu wanita menaiki Toyota
Hilux berusia 25 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Al fatihah
-HM
0 Response to "(3 Gambar) Pesara maut jasad tercampak 20 meter akibat kemalangan"
Catat Ulasan