![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAIJi1qfhDmpCzKyPGtcmRkjUxCAC2rCbdvCaT-iKC42lSezRvPxgWHkQqVMD6kbBlw3Z_AcW2IbuQP1S3PHLXUbvanDdEjeoiPChui92F9M_8iDzrtkqmzw3I6mO5UY8xZxibxaL6KZTq/s400/Laku+tak+senonoh+dalam+tren1.png)
Kuala
Lumpur : Lelaki yang melakukan gangguan seksual terhadap pengguna Transit Aliran
Ringan (LRT) sehingga viral dalam media sosial bulan lalu, dipenjara tiga tahun
oleh Mahkamah Majistret di sini, petang tadi, atas tuduhan memegang kemaluannya bertujuan
mengaibkan kehormatan seorang wanita.
Majistret
Ashraf Rezal Abdul Manan menjatuhkan hukuman itu terhadap Amran Shah Abu Samah,
41, selepas dia mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhy_LN3arX2jHMOEBYjqbEQW8zRqnJOs4clTgMKNlxQVoSmTfeLSBCK9rXo9WwZeuo7LNSBxYW3pC9WsZfrZKLDjktrGWtfNRjQ9CatRll8-5cvjquLQDg0MgIIXE_t5iNoRCpjF_qzR65E/s320/Abang+pegang+anu+di+penjara.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjvSXA1d0pXdbSlaAQZXNnzZxu1zvw2_QGVrIrpNBQ7Fyhv0pUZTe5k-XaAUB2UGTey17oN2k6xe_doIy9w-zI14nIIVRFuQ89e0EkGgOWOrvnPh4Tc2d6C8SDxv6Tc3SUutrbQwiEC75lI/s320/Laku+tak+senonoh+dalam+tren.png)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvphnFO_aMp7YEF-0kTszA3-TDFDhD7-Hlmhcv-eKztrBNxFbkcyRxX6KOMkjZjpcvdkNe4DS6d3yyoP5OFJ2Z70AKEAhbdLPIuk1Rqa3v9hZaz3oPPJcMPoqoCM-bLEhKNWjVpFYVmYYd/s320/Laku+tak+senonoh+dalam+tren1.png)
Bapa
kepada dua anak yang memakai baju melayu itu kelihatan tenang sepanjang
prosiding.
Mengikut
pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap pegawai khidmat
pelanggan berusia 26 tahun di dalam LRT Star Stesen Masjid Jamek, di sini, 11.45
malam, pada 13 Ogos lalu.
Bagi
kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya,
jika disabit kesalahan. -HM
0 Response to "(4 Gambar) Bapa Dua Anak Ini Terima Padah Pegang Anu Depan Wanita"
Catat Ulasan