Jempol: Kira-kira 10 rumah peneroka, pentas dan sebuah gerai makan rosak teruk dalam kejadian ribut di FELDA Pasoh 3, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian 5 petang itu, hujan lebat disusuli ribut menyebabkan beberapa pelanggan di gerai makan berkenaan melarikan diri apabila khemah gerai itu roboh.
Selain itu, pentas yang terletak di hadapan Dewan Orang Ramai FELDA berkenaan turut roboh dan kira-kira 10 rumah milik peneroka FELDA turut rosak, namun setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Mohd Razi Mohd Ali berkata, tindakan segera akan diambil pihaknya bagi membantu keluarga yang terjejas akibat rumah mereka rosak.
"Kita masih mengenal pasti rumah yang terjejas teruk dan bantuan segera akan diberikan," katanya ketika dihubungi, petang tadi
Sumber
0 Response to "Ribut di FELDA Pasoh 3"
Catat Ulasan