Wanita
yang baru berkahwin beberapa bulan lalu itu dipercayai mengalami tekanan
perasaan sebelum terjatuh ke dalam perigi sedalam lebih kurang lima
meter.
Mangsa
berusia 27 tahun itu ditemui orang ramai dalam keadaan lemah dalam perigi
berkenaan kerana disyaki berada dalam tempoh agak lama sebelum dibantu untuk
keluar.
Wanita nyaris maut apabila
terjatuh ke dalam perigi yang terletak di hadapan rumahnya di Tikam Batu di
sini, semalam.
Bagaimanapun,
setelah pelbagai cara dilakukan termasuk meletakkan tangga, wanita itu tetap
gagal untuk naik ke atas menyebabkan bantuan pihak bomba
diperlukan.
Sementara
itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Yacob Ishak berkata, sepasukan
anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu bersama sebuah jentera dan
lima anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan
kecemasan.
“Pusat
kawalan menerima panggilan pada jam 10 pagi dan setibanya ke lokasi kejadian
didapati terdapat seorang wanita terjatuh ke dalam perigi terbabit.
“Namun,
mangsa masih dalam keadaan sedar dan terapung dalam air dengan berpaut pada
tangga kayu yang diletakkan dalam perigi terbabit untuk cubaan mengeluarkannya
oleh penduduk kampung,” katanya.
Menurutnya,
jentera pertama tiba pada jam 10.11 pagi mengambil masa beberapa minit sebelum
operasi menyelamat selesai setelah berjaya naikkan mangsa pada jam 10.36
pagi.
"Mangsa
hanya mengalami cedera ringan dan diserahkan kepada ahli keluarga sebelum
dihantar ke hospital untuk menerima rawatan selanjutnya," katanya.
0 Response to "(4 Gambar) Sayu Akibat Tekanan Gadis Baru Kahwin Tewas Diperigi "
Catat Ulasan