
Seorang lelaki warga tempatan
berjaya diberkas oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD
Kuantan. Kejadian berlaku sekitar pukul 9.15 malam semalam di tapak pesta ria
bersebelahan sebuah pasaraya di Tanah Putih. Mangsa dan rakannya telah ternampak
sebuah motosikal bersama anak kunci motosikal yang diletakkan di suis
motosikal tersebut.
Mangsa yang bimbang motosikal itu dicuri telah
mengambil langkah dengan mengambil anak kunci motosikal untuk disimpan dan
meninggalkan nota di atas motosikal.
Tiba-tiba seorang lelaki yang tidak dikenali
oleh mangsa datang menikam belakang mangsa menggunakan sebilah pisau rambo.
Lantas mangsa menjerit kesakitan dan berlaku pergelutan dengan suspek.
Seterusnya, suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira
berwarna hitam.



Mangsa telah mengalami kecederaan akibat
tikaman yang menyebabkan paru-paru mangsa koyak dan rakan mangsa telah mengalami
luka di tangan dan kaki. Tidak berakhir di situ, suspek akhirnya berjaya
diberkas dan pihak polis turut merampas senjata yang digunakan
suspek.
Hasil soal siasat, suspek telah bertindak
sedemikian setelah kehilangan motosikal miliknya minggu lepas di lokasi yang
sama dan mengambil keputusan untuk mengumpan motosikal milik abangnya. Suspek
telah meninggalkan anak kunci di suis motosikal serta memerhatikan dari jarak
jauh lalu menyangka mangsa adalah suspek yang telah mencuri motosikal miliknya
yang telah hilang.
Suspek, 26 tahun telah ditahan untuk siasatan
lanjut di bawah Seksyen 307 KK. Orang ramai dinasihatkan agar mengambil iktibar
dan jangan mengambil tindakan terburu-buru, sebaik-baiknya rujuk kepada pihak
berkuasa untuk membantu.
0 Response to "(4 Gambar) Wajah Suspek Tikam Bilal Dengan Pisau Rambo Kini Di Tangkap"
Catat Ulasan