Kuantan:
Bilal parah ditikam di belakang badan dengan pisau Rambo oleh seorang lelaki
akibat salah faham dalam kejadian di depan tapak pesta ria (funfair) di Tanah
Putih, di sini, tengah malam tadi.
Kejadian
berlaku pada 12.30 tengah malam dan mangsa, Tengku Shafiq Tengku Adam Azil, 21,
kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Menurut
sumber, mangsa pergi ke tapak pesta berkenaan kira-kira 9.30 malam selepas
selesai bertugas sebagai bilal di Masjid Tepian Putra, di sini dan bertemu tiga
rakannya di situ.
"Apabila
tiba di tapak berkenaan mangsa memaklumkan terjumpa sebuah motosikal jenis
Yamaha 125Z dengan kunci masih berada di bahagian tempat duduknya sebelum
menyimpan kunci berkenaan.
"Difahamkan,
mangsa ada memuatnaik status mengenai perkara berkenaan di Facebook dan keluar
dari pesta ria itu pada 11.30 malam namun pemiliknya masih tidak kelihatan,"
katanya.
Mangsa
menunggu selama satu jam dan meletakkan nota dengan tertera nombor telefon untuk
dihubungi di atas motosikal berkenaan sebelum tiba-tiba datang seorang lelaki
dan menikamnya dan mungkin dia disyaki untuk mencuri motosikal
tersebut.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika
dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan. -HM
0 Response to "Akibat Simpan Kunci Tertinggal Di Motosikal Bilal Ini Di Tikam !"
Catat Ulasan