
Anak pelakon
terkenal, mendiang Paul Walker dilaporkan telah memfailkan saman terhadap
syarikat pengeluar kereta Porsche yang dinaiki bapanya ketika kemalangan
sehingga menyebabkan kematian, dua tahun lalu.
Meadow Rain Walker, 16 mendakwa
kenderaan yang dinaiki Paul, Porsche Carrera GT mempunyai beberapa kekurangan
dalam reka bentuknya daripada segi ciri-ciri keselamatan.
Tuntutan mahkamah itu difailkan semalam
oleh Meadow dan mendakwa bahawa pelakon Fast and Furious itu masih selamat dalam
kemalangan itu namun terbakar hingga menyebabkan kematian dalam kereta
tersebut.
Dalam rekod tersebut menyebut, kereta
itu dipasarkan sebagai kereta lumba jalanan yang sah tapi kawalan keselamatan
kurang stabil untuk melindungi penumpang dan mengelak ia daripada terbakar
selepas perlanggaran.
Dakwaan itu juga menyatakan bahawa tali
pinggang keselamatan yang dipakai Paul menarik tubuhnya ke belakang dengan kuasa
seribu paun hingga menyebabkan tulang rusuk dan pinggulnya
patah.
Malah tuntutan itu juga menyatakan
bahawa api tercetus hanya dalam seminit selepas kemalangan dan Paul masih hidup
ketika kebakaran bermula.
Wakil Porsche Cars North America,
Calvin Kim memberitahu CNN bahawa Porsche masih belum melihat tuntutan tersebut
dan tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan.
Sebelum ini, Porsche mendakwa kematian
Paul adalah disebabkan kesilapan pemandu, Roger Rodas dan bukannya berpunca dari
kereta buatan syarikat itu.
Paul dan Roger Rodas maut selepas
kereta jenis Porsche Carrera GT yang dinaiki mereka terlibat dalam satu
kemalangan ngeri pada Disember 2013 ketika dalam perjalanan menuju acara amal di
Los Angeles.
Sebelum ini, balu kepada Roger,
Kristine Rodas, telah menfailkan saman terhadap Porsche mendakwa kereta buatan
syarikat itu mempunyai masalah teknikal yang menyebabkan kemalangan
tersebut.
Porsche berkata kematian, kecederaan
dan kerosakan yang didakwa adalah berpunca daripada kesilapan pemandu
berkenaan.
-SINAR
0 Response to "8 Gambar : Anak Paul Walker saman Porsche sebabkan kematian tragis bapa"
Catat Ulasan