
Bukan
selalu kita akan berjumpa dengan pegawai polis wanita yang cantik. Jarang
sangat!
Tetapi
di Korea, anda boleh berjumpa dengan pegawai polis wanita yang bukan sahaja
cantik, tetapi sebenarnya seorang bekas model.
Kim Miso merupakan bekas calon Miss
Maxim Korea pada tahun 2014 bertekad untuk meninggalkan kerjayanya sebagai model
untuk menjadi seorang pegawai polis.
Gadis
berusia 25 tahun ini mengikuti latihan di Akademi Polis Pusat dan kini bekerja
di Jabatan Polis Metropolitan Seoul.
Agak
pelik untuk melihat gadis secantik Kim Miso yang sanggup meninggalkan dunia
glamor semata-mata untuk melindungi dan berkhidmat untuk negara.
Di
sebabkan itu Kim Miso digelar “pegawai polis yang paling cantik di Korea”.
Macam
dah jadi satu trend, dimana wanita cantik yang mempunyai pekerjaan luar biasa,
menjadi perhatian umum.
Jom
lihat foto Kim Miso yang menjadi kegilaan ramai! Gigit kuku la gadis-gadis lain
yang melihat!
0 Response to "Gadis Ini Digelar Pegawai Polis Paling Cantik Di Korea"
Catat Ulasan