
Tiga orang maut dalam satu
kemalangan membabitkan empat buah kereta di Kilometer 313.7,Kerteh-Kijal di
Lebuhraya Pantai Timur 2, kira-kira jam 8.50.
Kemalangan berpunca daripada
kereta Toyota Vios yang dipandu laju sebelum hilang kawalan, lalu terbabas dan
terbalik.
Bagaimanapun 3 buah kereta dari
arah yang sama gagal mengelak kereta Toyota Vios terbabit lalu turut merempuh
mangsa.
Punca kematian disebabkan
kenderaan ketiga, iaitu Honda Civic yang dipandu laju dan terbabas, lalu
merempuh mangsa yang ketika itu berada di lorong
kecemasan.
Lagi maklumat kemalangan ini >
Lagi maklumat kemalangan ini >
Tiga
termasuk dua wanita maut dalam kemalangan membabitkan empat kereta di Kilometer
313.7 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) arah selatan di Kerteh, 8.50 pagi
tadi.
Mangsa
yang maut adalah dua kakitangan bank di Dungun iaitu Siti Nur Alifah Md Yusuf,
27, dan Tan Lee Lee, 47, manakala seorang lagi, Azuddin Draman @ Muda, 45,
kakitangan bank di Kuantan, Pahang.
Kemalangan
itu dikatakan berpunca daripada Toyota Vios yang dinaiki dua wanita itu terbabas
dan terbalik.
Proton
Waja dipandu seorang lelaki dan Hyundai dipandu Azuddin gagal mengelak sebelum
merempuh Vios terbabit.
Ketika
Azuddin, Siti Nur Alifah dan Lee Lee berada di lorong kecemasan, kereta Honda
Civic terbabas dan melanggar ketiga-tiganya.
Ketua
Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim mengesahkan kejadian
terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Kredit TV3 , Harian
Metro
0 Response to "(8 Gambar) Mayat bergelimpang dalam kemalangan ngeri di LPT2"
Catat Ulasan