
SEJAK
kebelakangan ini sudah menjadi trend ramai selebriti tempatan membuat
perkhidmatan ‘Instagram (IG) Review‘ bagi membantu
peniaga-peniaga online dan dalam masa yang sama dapat menambah
pendapatan.
Tidak
terkecuali buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin
yang turut serta terbuka melakukan servis berkenaan di akaun laman sosial
miliknya itu.
Bagaimanapun,
Siti berkata, perkhidmatan itu akan diuruskan oleh syarikat anak tirinya, Ashraf
Khalid iaitu A Klasse Management Sdn. Bhd. dengan bayaran yang ditetapkan.
“Saya
memang tidak pernah buat ‘IG Review’ sebelum ini. Setakat meletakkan nama
peniaga online yang memberi hadiah seperti tudung atau baju di IG
adalah, tetapi jarang.
“Lagipun
sekarang ini ramai artis yang membuat ‘IG Review‘ dengan mengenakan caj
bayaran, sekarang saya pula mengikut jejak mereka.
“Cuma
saya tak payah fikir nak taip apa. Semuanya disediakan pihak A Klasse dan saya
hanya memuat naik di IG sahaja,” katanya kepada mStar
Online.
Pada
masa yang sama, Siti menyifatkan perkhidmatan itu adalah situasi berbentuk
menang-menang bagi peniaga yang mahu melonjakkan jualan mereka menerusi
selebriti yang mempunyai jumlah pengikut di laman sosial yang ramai.
0 Response to "Siti Nurhaliza Ikut Jejak Langkah Artis Lain Buat IG Review"
Catat Ulasan