Akibatnya lelaki berkenaan terpaksa merayu dilepaskan malah rela diserah kepada polis apabila lehernya dikunci dengan gerakan seni jiu-jitsu.
Lelaki itu dan rakannya menghampiri Monique Bastos serta rakan perempuannya yang berada di atas motosikal dan menuntut mereka menyerahkan telefon bimbit.
|
Menurut
laporan lama web Brazil, iG, Mobique, 23, yang pernah menjuarai enam
pertandingan MMA, menumbuk lelaki itu sebelum menjatuhkannya ke tanah dan
mengunci lehernya selama 20 minit sehingga polis tiba.
“Seorang
lelaki merampas telefon saya. Melihat mereka tidak bersenjata, saya menolak
motosikal mereka hingga jatuh.
“Seorang
melarikan diri tetapi penunggang motosikal itu tidak sempat membolehkan saya
menangkapnya dengan mengunci lehernya dengan kaki,” katanya.
Lelaki
itu menjerit: “Ayah, ayah, panggil polis. Tolong, saya janji ini kali pertama
dan terakhir buat macam ini. Sesiapa saja tolong saya.”
0 Response to "Akibat Tersalah Pilih Mangsa Rompakan, Inilah Pengajaran Yang Mungkin Tidak Akan Dilupakan Sampai Bila-Bila"
Catat Ulasan