Dianggarkan 5,000 hingga 7,000 wanita ditahan di pusat-pusat tahanan sementara ISIS, di mana mereka diambil dan dijual sebagai hamba atau diserahkan kepada pemimpin dan anggota kumpulan jihad sebagai gundik. – Foto AP
Seorang
gadis yang dipaksa menjadi hamba seks oleh anggota kumpulan militan Negara Islam
Iraq dan Syria (ISIS), merayu rumah pelacuran tempat dia ditahan dibom, setelah
mendakwa dirogol 30 kali oleh beberapa anggota militan.
Difahamkan,
mangsa yang identitinya tidak didedahkan itu, ditahan sebagai tawanan jihad di
suatu lokasi di barat Iraq, oleh anggota militan ISIS ketika tragedi pembunuhan
beramai-ramai Sinjar, awal Ogos lalu.
Mangsa
dikatakan telah menghubungi sebuah kumpulan aktivis Kurdistan yang dikenali
sebagai ‘Peshmerga Kurdi’ melalui telefon, untuk memohon sebuah rumah pelacuran
yang mengumpulkan wanita dijadikan hamba seks, dibom bagi menamatkan
kesengsaraan mangsa.
Selain diperkosa, dia juga mendakwa didera, termasuk tidak dibenarkan menggunakan tandas.
Menurutnya, pengalaman pahit itu begitu menakutkan sehingga dia merancang membunuh diri, walaupun setelah dibebaskan kelak.
Selain diperkosa, dia juga mendakwa didera, termasuk tidak dibenarkan menggunakan tandas.
Menurutnya, pengalaman pahit itu begitu menakutkan sehingga dia merancang membunuh diri, walaupun setelah dibebaskan kelak.
Pengalaman
perit mangsa itu didedahkan seorang aktivis Kurdistan, ketika ditemu bual BBC di
London.
Aktivis
dikenali sebagai Karam itu ditemui ketika menyertai demonstrasi di United
Kingdom, semalam, untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap nasib wanita
di Timur Tengah.
Karam mendakwa, panggilan telefon mangsa dijawab rakannya, seorang aktivis kumpulan ‘Peshmerga Kurdi’.
Karam mendakwa, panggilan telefon mangsa dijawab rakannya, seorang aktivis kumpulan ‘Peshmerga Kurdi’.
“Jika
anda tahu di mana kami, sila bom kami. Tidak ada kehidupan selepas ini. Saya
akan membunuh diri, kerana ramai telah membunuh diri mereka, pagi ini.
“Saya
telah dirogol 30 kali dan tiada waktu rehat untuk makan tengah hari. Saya tidak
boleh pergi ke tandas. Sila bom kami,” cerita Karam yang memetik keluhan mangsa
yang tidak henti menangis dalam perbualan telefon berkenaan.
0 Response to "Saya Telah Dirogol 30 Kali, Tiada Waktu Rehat Untuk Makan Tengahari"
Catat Ulasan