Bahaya Kencing Berdiri Yang
Perlu Anda Ketahui
Kencing
atau bahasa Yang Lebih sopan membuang air kecil ini bukan perkara yang asing
lagi bagi umat manusia. Setiap manusia melakukan aktiviti ini untuk mengeluarkan
sisa-sisa metabolisme tubuh(mengeluarkan kotoran tubuh).
Dalam
melakukan aktiviti inipun kita dituntut melakukannya dengan Cara Yang Betul,
Sudah Menjadi Tabiat Orang Lelaki Suke Kencing Berdiri!!
Menurut Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah
RA berkata bahawa Rasulullah SAW tidak pernah kencing sambil berdiri semenjak
diturunkan kepadanya Al-Quran.
Mengikut
Kajian Kesihatan kencing berdiri adalah penyebab utama penyakit batu karang
karang pada semua penderita penyakit tersebut dan merupakan salah satu penyebab
penyakit lemah syahwat bagi sebagian lelaki.
Dari
segi agama, kebanyakan orang yang biasanya kencing berdiri kemudian mereka akan
Pergi mendirikan solat, ketika akan rukuk atau sujud Kemungkinan ada sesuatu
yang keluar dari kemaluannya, itulah sisa air kencing yang tidak habis keluar
ketika Anda kencing sambil berdiri, apabila perkara ini terjadi maka solat yang
dikerjakannya tidak sah kerana air kencing adalah najis dan salah satu syarat
sahnya solat adalah suci dari hadas kecil mahupun hadas besar.
Secara
Umum kita Selalu memandang ringan terhadap cara dan tempat buang air, mungkin
kerana pertimbangan waktu atau situasi dan Keadaan (terpaksa) untuk kencing
berdiri tanpa Mengetahui keburukannya dari sisi sunah dan kesihatan. Orang dulu
mempunyai budaya melarang anak kencing berdiri sehingga kita sering mendengar
pepatah “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”, kerana memang terdapat
efek negatif dari kencing berdiri.
Kencing
Berdiri Melemahkan Batin
Kebiasaan orang kencing berdiri akan mudah lemah batin, kerana sisa-sisa air dalam pundi-pundi yang tidak habis terpancar menjadikan kelenjar otot-otot dan urat halus sekitar zakar menjadi lembik dan kendur. Berbeza dengan buang air mencangkung, dalam keadaan bertinggung tulang paha di kiri dan kanan merenggangkan himpitan buah zakar.
Kebiasaan orang kencing berdiri akan mudah lemah batin, kerana sisa-sisa air dalam pundi-pundi yang tidak habis terpancar menjadikan kelenjar otot-otot dan urat halus sekitar zakar menjadi lembik dan kendur. Berbeza dengan buang air mencangkung, dalam keadaan bertinggung tulang paha di kiri dan kanan merenggangkan himpitan buah zakar.
Ini
memudahkan air kencing mudah mengalir habis dan memudahkan untuk menekan pangkal
buah zakar sambil berdehem-dehem. Dengan cara ini, air kencing akan keluar
hingga habis, malahan dengan cara ini kekuatan sekitar otot zakar
terpelihara.
Ketika
buang air kencing berdiri ada rasa tidak puas, kerana masih ada sisa air dalam
kantong dan telur zakar di bawah batang zakar. Ia berkemungkinan besar
menyebabkan Penyakit batu karang. Kenyataan membuktikan bahawa batu karang yang
berada dalam ginjal atau kantong dan telur zakar adalah disebabkan oleh
sisa-sisa air kencing yang tidak habis keluar. Endapan demi endapan akhirnya
mengkristal/mengeras seperti batu karang.
Jika
anda meneliti sisa air kencing yang tidak dibersihkan dalam bilik mandi, anda
bayangkan betapa keras
kerak-keraknya. Bagaimana jika itu ada di kantong kemaluan Anda?? perkara ini juga merupakan salah satu yang menyebabkan penyakit lemah syahwat pada lelaki selain dari penyebab batu karang.
kerak-keraknya. Bagaimana jika itu ada di kantong kemaluan Anda?? perkara ini juga merupakan salah satu yang menyebabkan penyakit lemah syahwat pada lelaki selain dari penyebab batu karang.
Demikian
hikmahnya Rasulullah SAW melarang Perlakuan kencing berdiri.
Sehingga
Nabi Saw sering mengingatkan dalam sabdanya:
“Hati-hatilah dalam masalah kencing kerana kebanyakan siksa kubur dikeranakan tidak berhati-hati dalam kencing”.
“Hati-hatilah dalam masalah kencing kerana kebanyakan siksa kubur dikeranakan tidak berhati-hati dalam kencing”.
Hadis
riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:
Rasulullah
saw. pernah melalui dua buah kubur, lalu beliau bersabda:
Ingat,
sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa, namun bukan kerana dosa besar. Yang
satu disiksa kerana dia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya disiksa
kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya. Kemudian beliau meminta
pelepah daun kurma dan dipotongnya menjadi dua.
Setelah
itu beliau menancapkan salah satu pada sebuah kuburan dan yang satunya lagi pada
kuburan yang lain seraya bersabda: Semoga pelepah itu dapat meringankan
siksanya, selama belum kering. (Shahih Muslim No.439)
~Kesimpulannya Benda Yang Kite Nampak Mudah Itu Banyak Keburukannya!!
0 Response to "Bahana kencing berdiri Dah baca baru korang tau betapa DAHSYAT"
Catat Ulasan