Bekas suami Raja Farah
iaitu Megat Bashirun Qhuyum Zakaria mendoakan kebahagian Raja Farah yang
bakal berkahwin buat kali kedua pada Ahad ini. Megat berkata, Raja
Farah layak untuk mendapat kebahagian serta memilih jalan yang dirasakan terbaik
buatnya.
“Saya mendoakan yang terbaik untuk bekas
isteri saya, semoga mereka sentiasa berada di dalam rahmat Allah dan berbahagia
hingga hujung nyawa. Kami masing-masing layak untuk mendapat kebahagian dan
pilih jalan kami sendiri,” ujarnya.
Bagaimanapun, Megat enggan mengulas sama ada dia
hadir atau tidak pada majlis tersebut. Dalam pada itu Megat turut meminta agar
masyarakat tidak lagi mempersendakan hal-hal masa lalu berkaitan kegagalan rumah
tangga mereka.
“Saya tidak mahu ulas lebih sehingga membuka
peluang orang mencemar maruah saya… cukuplah dengan doa dan harapan pada
dia,” ujarnya.
0 Response to "RAJA FARAH NIKAH ESOK, BEKAS SUAMI DOAKAN KEBAHAGIAAN"
Catat Ulasan