Pelakon dan pengacara Didie
Alias dan bekas suami Ridzuan Hashim telah pun
bercerai pada tahun 2002 dan mempunyai 5 orang anak hasil perkongsian
hidup.
Pada majlis pernikahan
anaknya mereka baru-baru ini, ada desas-desus timbul di mana Ridzuan telah
mempertikaikan tanggungjawab Didie Alias membesarkan anak-anak mereka selepas
majlis tersebut.
Bengang dengan tuduhan tidak berasas itu, Didie
Alias telah pun tampil mempertahankan dirinya. Didie Alias mendakwa selepas
penceraian mereka, Ridzuan Hashim langsung langsung menjalankan tanggungjawab
sebagai seorang ayah dalam membesarkan kelima-lima anak mereka. Kata Didie:-
Selama ini saya hanya bertahan dan berdiam diri walaupun kesusahan yang saya tanggung membesarkan anak-anak hanya saya yang pikul. Tiba-tiba sekarang dia hendak bercakap pula mengenai tanggungjawab saya? Bagi saya jika itu yang berlaku, ia memang tidak patut.
Dia diundang ke majlis untuk mewalikan pernikahan itu saja, tetapi dia terus berada di majlis. Memanglah dia bapa kandung anak-anak saya, tetapi status itu hanya pada nama dan tanggungjawab terhadap mereka tidak pernah ditunaikan.
Perkara sebegini memang sering terjadi apabila
penceraian berlaku. Masing-masing ingin menunjukkan mereka yang bersusah payah
membesarkan anak-anak sedangkan pada hakikatnya, jenguk anak pun tak pernah.
Siapa yang makan cili dialah terasa pedasnya.
0 Response to "BENGANG DENGAN TUDUHAN BEKAS SUAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB PADA ANAK – INI RESPON DIDIE ALIAS?"
Catat Ulasan