Persengketaan pereka fesyen Ezuwan Ismail dengan
pelakon Emma Maembong sejak tahun lalu akhirnya terlerai
apabila wanita itu tampil memohon maaf. Mereka sebelum ini dilaporkan bermasam
muka kerana insiden baju tajaannya Ezuwan tidak dipakai oleh adik aktres itu,
Chacha Maembong semasa Anugerah Skrin 2014 (ASK
2014).
Bercakap kepada mStar
Online, Ezuwan berkata Emma ada bertemu dengannya secara peribadi ketika
penggambaran sebuah drama yang dilakukan di butik pakaiannya, dekat sini, minggu
lalu.
“Alhamdulillah kami sudah berdamai, dia (Emma) ada datang bertemu saya di pejabat butik saya ketika dia sedang menjalani penggambaran drama yang menjadikan premis saya sebagai lokasinya.“Dia juga tidak mahu terus bermusuh dan meminta saya untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku antara saya dengan adiknya Chacha Maembong berkaitan insiden baju rekaan saya yang tidak dipakai adiknya itu,” katanya.
Sementara itu, Ezuwan berkata, dia enggan
mengenang kembali hal tersebut dan menamatkan permusuhan dengan Emma dan
Chacha.
“Kami dah baik, dia dah unblock saya di Instagram dan saya juga dah follow dia balik di laman sosial. Saya juga harap kami boleh bekerjasama semula seperti sebelum ini. Lagi pula industri ini kecil sahaja, tiada guna bermasam muka,” ujarnya.
0 Response to "EMMA MAEMBONG DAN EZUWAN ISMAIL AKHIRNYA BERDAMAI ?"
Catat Ulasan