BATU CAVES - Seorang lelaki memuat naik
kenyataan biadab terhadap dua gadis di laman Facebook kerana tidak selesa
dipandang semacam.
Lelaki yang bernama Muhd Nur Ridzuan, memuat
naik gambar dua gadis terbabit yang duduk di meja yang tidak jauh daripadanya di
sebuah kedai mamak dengan caption di bawah:
"Kalau nak study, pergi balik rumah. Pergi dok
mamak buat apa? Orang hisap vape, asap angin tolak kena kau. Kau nak pandang aku
semacam pula? Macam aku hisap dadah pula. Juboo," katanya.
Justeru, screenshot kenyataannya itu tersebar
dan dikritik netizen. Tindakannya itu menyebabkan bertambah bencinya masyarakat
terhadap pengguna rokok elektronik.
"Mamak ini milik semua. Orang lepak kedai mamak
sebab nak makan dan guna kemudahan WiFi. Kalau nak hisap vape, sila pergi kedai
vape," kata netizen.
"Nak hisap vape, pergi duduk di rumah. Kau
sembur asap sana sini kau ingat kedai mamak tu bapak kau punya ke? Ambil gambar,
muat naik di group Vapor Malaysia Open Group, tetapi akhirnya memalukan diri
sendiri," kata Zul.
0 Response to "" Kau Nak Pandang Aku Semacam Pulak ! Macam Aku Hisap Dadah Pulak ! ""
Catat Ulasan