Siapa
Ada Duit Syiling Lama 50 Sen Tahun 1967 Jual Kepada Kami, Kami Beli Sekeping
RM27,000 .
Di
dalam artikel ini adalah senarai Top 10 duit syiling Malaysia termahal yang
pernah dijual didalam acara lelongan awam. senarai ini hanya melibatkan syiling
"MALAYSIA" dan tidak melibatkan syiling-syiling zaman penjajah British dan
sebagainya. Kadar pertukaran mata wang asing untuk lelongan wang luar negara
adalah berdasarkan nilai tukaran asing semasa syiling tersebut
dilelong.
Kepada
bukan collector, mohon jangan salah faham. Walaupun kebanyakkan syiling yang ada
didalam senarai ini adalah syiling yang anda boleh temui didalam poket seluar
anda (syiling 50 sen 1967, 1968 atau 1969). Tidak bermakna syiling anda juga
mempunyai harga yang tinggi seperti yang ada didalam senarai ini. Sila "Rajin
membaca" mencari maklumat kenapa
syiling-syiling ini berharga mahal.
Kepada
rakan-rakan blogger, mohon jangan memberikan maklumat yang salah dengan mencuri
artikel ini dan kemudiannya meletakkan gambar syiling anda di dalam artikel
anda. Maklumat salah begini memberikan anggapan salah berkenaan numismatik di
Malaysia. Jangan tulis mengenai syiling
50 sen berparit berharga mahal, jika anda tak faham syiling apa
yang kami maksudkan. Belajarlah menjadi blogger yang beretika, dah copy artikel,
tolong beri link kepada penulis artikel yang asal.
Top 10 Duit syiling Malaysia termahal
1. 50 sen 1969 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM81,846
Pada
4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1969 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang
telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic
Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM81,846 (termasuk premium pembeli)
didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di
Singapura. Gred MS65 adalah gred yang terbaik setakat ini untuk duit syiling 50
sen Milled Edge 1969. Selain syiling ini, ada sekeping sahaja syiling 50 sen
1969 Milled Edge yang mendapat gred MS62, syiling kedua terbaik untuk kategori
syiling ini. Pembeli duit syiling itu adalah seorang collector dari Singapura.
Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenainya disini: 50
sen 1969 Milled Edge sold RM81,846.
2. 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB dilelong RM46,769
Pada
4 Oktober 2014, syiling 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB yang dilelong
didalam acara lelongan Collectibles Auction Asia (CAA) yang sama seperti di atas
turut mendapat harga penutup yang tinggi pada harga RM46,769 termasuk premium
pembeli. Pada masa ini, hanya ada 4 keping syiling 1 sen 1970 Copper Clad steel
yang telah direkodkan. Syiling 1 sen 1970 yang normal adalah diperbuat daripada
copper berbanding dengan syiling ini daripada copper clad steel yang melekat
pada magnet.
3. Set syiling peringatan WWF 1976 peruf dilelong RM37240
Satu set
syiling Pemuliharaan Hidupan Liar 1976 peruf dilelong pada harga
SG$13,800 (termasuk premium pembeli) atau RM37,240 di dalam acara
lelongan yang dijalankan oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Hotel Landmark
Village, Singapura pada 18 April 2015. Set tersebut mengandungi 3 keping
syiling; syiling peringatan emas 500 Ringgit Peruf Cipan/ Tapir, syiling
peringatan perak 25 Ringgit Peruf Enggang dan syiling peringatan perak 15
Ringgit Peruf Seladang. Kesemua syiling itu di gred PF69 Ultra Cameo oleh
Numismatic Guaranty Corporation (NGC).
4. 100 ringgit emas peruf Tunku Abdul Rahman 1971 NGC PF 66 Ultra Cameo dilelong RM23,180
Pada
14 Jun 2015, sekeping syiling Peruf 100 Ringgit emas Tunku Abdul Rahman 1971 NGC
PF 66 Ultra Cameo telah berjaya dilelong pada harga RM23,180 (termasuk 15%
premium pembeli dan 6% GST ke atas premium pembeli) di acara lelongan yang di
anjurkan oleh MNP Auctioneers di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Syiling Peruf 100
Ringgit emas Tunku Abdul Rahman Al-Haj 1971 amat sukar dicari kerana hanya ada
500 keping sahaja yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.
5. 50 sen 1968 Milled Edge NGC MS66 dilelong RM19,942
Pada
19 April 2014, didalam acara lelongan oleh Collectibles Auction Asia (CAA)di
Hotel Landmark Village, Singapura, sekeping syiling 50
sen 1968 Milled Edge (sisi bergerigi) telah dilelong pada harga
RM19,942 (termasuk premium pembeli). Duit Syiling 50 sen 1968 Milled Edge yang
dilelong pada harga SGD6500 (tanpa premium pembeli) tersebut adalah gred yang
terbaik untuk syiling 50 sen 1968 Milled Edge didalam rekod Numismatic Guaranty
Corporation (NGC) pada gred MS66. Duit syiling itu juga adalah koleksi Master
Sifu Wong Hon Sum.
6. Syiling Peruf 500 Ringgit emas Tapir PCGS PR69 DCAM dilelong RM18,403.
Pada 26 Oktober 2012, sekeping syiling Peruf 500 Ringgit emas peruf Tapir dengan gred PCGS PR69 DCAM dilelong pada harga SG$6400 atau RM18,403 termasuk dengan premium pembeli. Acara lelongan itu dilakukan oleh Monetarium Auction di Singapura.
7. Syiling 500 Ringgit emas Tapir NGC MS68 dilelong RM18,403
Pada 25 Oktober 2014, semasa acara lelongan Monetarium Auction yang ke 14 di Singapura, sekeping syiling 500 Ringgit emas Tapir bukan peruf dengan gred NGC MS68 dilelong RM18,403 termasuk premium pembeli. Syiling tersebut adalah yang terbaik grednya untuk syiling 500 Ringgit tapir bukan bukan peruf.
8. 50 sen 1969 Milled Edge NGC AU55 dilelong RM10,253
9. 50 sen 1967 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM7600
Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1967 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM7,600 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Duit syiling itu adalah yang kedua terbaik didalam grednya untuk syiling 50 sen 1967 Milled Edge. Syiling gred terbaik untuk 50 sen 1967 Milled Edge adalah pada Gred NGC MS66 yang dimiliki oleh Trigometric Sdn Bhd.
10. Syiling 500 Ringgit emas Tapir NGC MS63 dilelong RM10,350.
Syiling 500 Ringgit emas Tapir NGC MS63 di lelong semasa acara lelongan yang di adakan oleh Trigometric Sdn Bhd pada 15 Mac 2015. Syiling emas bukan peruf ini telah berjaya dilelong pada harga RM10,350 termasuk premium pembeli. Acara lelongan tersebut juga adalah acara lelongan pertama yang dilakukan oleh Trigometric di Serunai Suite, Hilton Hotel, Petaling Jaya.
11. 1 sen 1976 Copper PCGS MS65 RD dilelong RM7550
Info Duit Syiling 1 sen 1976, 1973 dan 1970
Bukan semua duit syiling 1 sen yang melekat magnet perlu di ambil perhatian oleh collector. Syiling biasanya diuji dengan magnet untuk pemeriksaan mudah, sama ada ianya menggunakan logam yang berbeza daripada logam asal. Untuk memudahkan anda, saya telah menulis mengenai syiling yang anda perlu periksa dengan magnet didalam artikel yang berikut; What coin need to test with magnet.
Info Duit Syiling 50 sen 1969 Milled edge dan security Edge

19 Oktober 2013, sekeping Syiling
50 sen 1969 Milled edge telah terjual dengan harga RM10,253
(termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan yang diadakan oleh
Numismatic Society Asia (NSA) di Hotel Landmark Village, Singapura. Syiling itu
digred oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC) sebagai Au- 55. Khabar angin
mengatakan, syiling itu telah dibeli oleh orang yang turut memenangi Syiling
50 sen 1969 security edge ketika lelongan Malaysia Numismatic
Society (MNS) No.157 pada 29 September 2013 di Jabatan Muzium, Muzium Negara,
Kuala Lumpur.
9. 50 sen 1967 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM7600
Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1967 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM7,600 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Duit syiling itu adalah yang kedua terbaik didalam grednya untuk syiling 50 sen 1967 Milled Edge. Syiling gred terbaik untuk 50 sen 1967 Milled Edge adalah pada Gred NGC MS66 yang dimiliki oleh Trigometric Sdn Bhd.
10. Syiling 500 Ringgit emas Tapir NGC MS63 dilelong RM10,350.
Syiling 500 Ringgit emas Tapir NGC MS63 di lelong semasa acara lelongan yang di adakan oleh Trigometric Sdn Bhd pada 15 Mac 2015. Syiling emas bukan peruf ini telah berjaya dilelong pada harga RM10,350 termasuk premium pembeli. Acara lelongan tersebut juga adalah acara lelongan pertama yang dilakukan oleh Trigometric di Serunai Suite, Hilton Hotel, Petaling Jaya.
11. 1 sen 1976 Copper PCGS MS65 RD dilelong RM7550
Pada
27 Mac 2013, semasa acara lelongan yang dianjurkan oleh Monetarium Singapura,
duit syiling 1 sen 1976 copper telah terjual dengan harga RM7,550 (termasuk
komisen dan cukai). Duit syiling tersebut digred oleh Professional Coin Grading
Service (PCGS) "sebagai Bronze: 1-Sen 1976 (KM1) PCGS MS65 RD". Setakat ini
masih belum diketahui siapa pemenang lelongan tersebut. Anda boleh membaca
cerita lanjut disini;1
sen 1976 PCGS MS 65 RD Sold SGD2,600.
Info Duit Syiling 1 sen 1976, 1973 dan 1970
Bukan semua duit syiling 1 sen yang melekat magnet perlu di ambil perhatian oleh collector. Syiling biasanya diuji dengan magnet untuk pemeriksaan mudah, sama ada ianya menggunakan logam yang berbeza daripada logam asal. Untuk memudahkan anda, saya telah menulis mengenai syiling yang anda perlu periksa dengan magnet didalam artikel yang berikut; What coin need to test with magnet.
Info Duit Syiling 50 sen 1969 Milled edge dan security Edge
Kebanyakan
duit syiling yang ada pada bukan collector adalah duit syiling security edge
atau panggilan biasanya 50 sen berparit untuk tahun 1967, 1968 dan 1969. Anda
boleh melihat disebelah tepi syiling itu terbelah dua dan ada garisan seperti
parit ditengahnya. Syiling ini tidak mempunyai harga yang tinggi pada kondisi
Very Fine sebab ianya mudah didapati pada ketika ini. Ianya menjadi semahal
RM2800 apabila syiling 50 sen 1969 security edge itu mempunyai gred yang tinggi
dan pada ketika ini amat sukar untuk mendapatkannya. Sila baca info lebih lanjut
mengenai duit syiling ini di dalam artikel; 50
sen berparit 1967, 1968 dan 1969.
Kepada
bukan kolektor yang berharap Duit syiling Malaysia termahal berharga
berjuta-juta ringgit, harap maaf. Harga Syiling Malaysia belum lagi mencapai
sehingga harga yang sedemikian. Mungkin suatu hari nanti apabila ramai orang
sudah mula memandang kepada duit syiling Malaysia. Pada ketika ini pun, saya
rasa sudah ramai yang mula mengumpul duit syiling lama di Malaysia. Syabas saya
ucapkan kepada anda yang baru mula mengumpul. Teruskan mengumpul tetapi jangan
pandang duit syiling itu pada nilai ringgitnya sahaja. Ada juga nilai-nilai lain
yang sepatutnya anda hargai.
0 Response to "[Fakta Sahih Bank Negara] Nilai Sebenar Duit Syiling Lama 50 Sen Tahun 1967. Cerita Harga Sebelum Ini Semuanya PALSU"
Catat Ulasan