Kelana
Jaya – Tabung
Haji mengesahkan seorang lagi jemaah haji Malaysia telah dikenalpasti menjadi
korban dalam tragedi kren runtuh di Masjid al-Haram Jumaat lalu.
Menurut satu kenyataan yang
dikeluarkan pagi ini, mangsa yang terkorban adalah Zainun Taha, 69, dari Maktab
90 Al Wafideen dan dari Ampang, Selangor.
Jenazah terbaharu ini
dikenalpasti oleh waris beliau yang berada di Mekah.
Dengan perkembangan terbaharu
ini, angka korban jemaah Malaysia meningkat kepada lima manakala seorang lagi
yang dilaporkan hilang sebelum ini telah ditemui dalam keadaan sihat dan
selamat.
Semalam Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut mengesahkan selain
Allahyarham Rusiah Suar, 56, dari Felda Besout 2, Perak, tiga lagi jemaah haji
dari Malaysia disahkan terkorban dalam tragedi itu.
Mereka ialah Siti Nuroshlizan
Zulkifli, 37, dari Tanah Merah, Kelantan; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai,
Kelantan; dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Kelantan.
Turut hilang tiga lagi jemaah
Malaysia, dan usaha mencari sedang diteruskan.
Insiden itu mengorbankan
sekurang-kurangnya 107 yang lain dan turut mencederakan ratusan yang lain, lapor
Astro Awani.
0 Response to "#KrenTumbang: Jemaah Kelima Meninggal Dunia Dikenalpasti - Al Fatihah"
Catat Ulasan