Rajin
juga peminat hiburan ini kadang kadang meneliti cara pemakaian selebriti di kaca
televisyen sehingga boleh timbulkan isu yang bukannya isu pun. Bukan sekali dua
dan yang terbaru, pemakaian Fouziah Gous di program Nona hujung minggu lalu
menjadi perhatian.
Peminat
di sebuah forum hiburan kongsikan beberapa gambar yang khabarnya menunjukkan
busana Fouziah Gous yang ketat
sehingga menampakkan pakaian dalam yang dipakai. Bercakap kepada mStar Online,
pengacara juga pelakon ini nyata kesal dengan isu tersebut.
“Sebab itu saya kata isu itu sengaja diada-adakan kerana sepanjang mengendalikan Nona pihak produksi memang meneliti apa yang akan saya pakai tambahan pula penerbit saya pun seorang wanita yang bertudung,” ujar Fouziah Gous.“Saya tidak rasa nampak pakaian dalam kerana saya memakai singlet dan jika penampilan saya itu tidak sesuai pasti ditukar oleh produksi yang sentiasa peka terhadap aspek pemakaian”
“Jujurnya
saya tidak tahu isu pakaian berkenaan hebat diperkatakan kerana saya tidak
membaca blog atau pun forum kerana blog dan forum sengaja mencipta atau mencari
sesuatu perkara untuk disensasikan,” tambahnya lagi.
0 Response to "FAUZIAH GOUS BERANI MATI PAKAI BAJU NAMPAK DALAM DALAM NONA!!"
Catat Ulasan