
Tindakan
Abby Abadi mempertikaikan status halal kek yang dijual di Secret Recipe
baru-baru ini telah menimbulkan reaksi berbaur pengikutnya di laman sosial malah
ada juga yang menyifatkan tindakannya itu sebagai rasis.
Ceritanya
bermula apabila Abby berkongsi mengenai pengalamannya untuk membeli kek hari
lahir untuk anaknya di outlet Secret Recipe di Gua Musang. Dia yang mulanya
yakin untuk membeli namun akkhirnya timbul perasaan was-was.
Akibat dari muatnaik gambar itu juga menimbulkan persoalan daripada peminat yang sudah lama mengikutnya kerana menurut mereka, sebelum ini Abby sudah selalu beli kek jenama berkenaan namun mengapa baru-baru ini perkara tersebut dibangkitkan.“Yang saya nak sampaikan kat sini, lain kali nak makan kat mana-mana beringatlah ye. Non muslim but halal? Banyak tempat dah macam ni. Jaga kaunter orang kita, tapi yang di dapur orang dia. Yang ni, buat kek, yang sediakan bahan-bahannya siapa? Yang masak?,” ulas Abby di Instagram.
Malah
ada juga peminat yang hairan kerana kek yang dibeli tersebut turut dipotong
bersama anak-anaknya pada muatnaik gambar yang lain sedangkan dia sendiri
was-was.
Tidak
kurang juga ada yang menerangkan bahawa kek yang terdapat di kafe tersebut
bukanlah dibuat di dapur yang terdapat di situ selain menyatakan Abby tidak
sepatutnya menilai perkara berkenaan kerana Jakim mempunyai prosedur sendiri
bagi tempat yang telah mendapatkan sijil halal.
Jika
dilihat daripada ayat Abby – saya taknak dah
beli Secret Recipe dekat Gua Musang – mungkin membawa maksud dia tidak akan
membeli hanya dari outlet tersebut. Bagaimanapun isu sebegini lebih baik
sekiranya dirujuk dahulu kepada pihak berkenaan sebelum membuat pelbagai andaian
sendiri.
0 Response to "PANAS! Abby Abadi Terima PADAH Muat Naik Gambar Mempersenda Kek "Secret Recipe""
Catat Ulasan