
Langkawi
: Seorang ibu kepada tiga orang anak yang menjadi dalang kegiatan pengedaran
dadah di pulau peranginan ini sejak kira-kira tiga tahun lalu sehingga mampu
memiliki simpanan berjumlah RM1.4 juta diberkas polis pada Khamis
lalu.
Wanita
berusia 28 tahun berasal dari Pendang dekat sini itu ditahan sepasukan polis
dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi ketika
dia baru tiba di Terminal Feri Kuah di sini dari Terminal Feri Kuala Kedah
kira-kira pukul 6.30 petang.
Turut
bersama suspek ketika itu ialah tiga anaknya yang berusia antara tujuh hingga
sembilan tahun.
Ketua
Polis Daerah Langkawi, Superintendan Dr. Che Ghazali Che Awang memberitahu,
dalam tangkapan itu, pihaknya turut menemui lima kilogram heroin dan 171 gram
syabu bernilai RM202,000 di dalam beg galas yang dibawa wanita
tersebut.
“Kita
percaya suspek mendapatkan bekalan dadah itu dari tanah besar untuk diedar
kepada penagih di Langkawi.

“Siasatan
awal kita juga mendapati wanita tersebut tinggal di Alor Setar dan berulang-alik
ke Langkawi untuk mengedar dadah. Kita masih menyiasat kekerapan dia datang ke
pulau ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Kata
beliau, pihaknya juga mengesan bahawa suspek mempunyai simpanan berjumlah RM1.4
juta di dalam akaun bank miliknya dan percaya ia adalah hasil daripada kegiatan
pengedaran dadah sejak kira-kira tiga tahun lalu.
“Wanita
ini tidak mempunyai pekerjaan lain dan kita percaya pendapatan lumayannya adalah
hasil daripada kegiatan haram ini,” ujarnya.
Che
Ghazali memberitahu, bekalan dadah yang dibawa suspek mampu dijual kepada
kira-kira 50,000 penagih dadah untuk tempoh beberapa bulan jika diedarkan dalam
bentuk peket dan straw. Kosmo!
0 Response to "Ibu Muda Digelar Jutawan Dadah 1.4 Juta Ini Kini Di Tahan Bersama 3 Anak"
Catat Ulasan