Pakaian Sukan Tiruan Dirampas Dalam Serbuan Oleh Pegawai KPDNKK
Pakaian Sukan Tiruan Dirampas Dalam Serbuan Oleh Pegawai KPDNKK
Sabak Bernam: Sebanyak 1,303 pakaian sukan jenama tiruan Adidas dan
Chelsea dirampas dalam serbuan di premis menjual pakaian di pekan Sungai Besar,
di sini, pagi tadi.
Serbuan kira-kira 11 pagi itu dilakukan 12 pegawai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) daerah
Kuala Selangor.
Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNKK Kuala Selangor K
Ramesh berkata, pihaknya menerima aduan daripada pemilik cap dagang berhubung
kegiatan berkenaan.
"Selepas melakukan risikan hampir sebulan kami
menyerbu premis terbabit.
"Malah kami juga menyerbu stor milik kedai
menjual pakaian itu. Nilai rampasan berjumlah RM29,480," katanya.
0 Response to "Pakaian Sukan Tiruan Dirampas Dalam Serbuan Oleh Pegawai KPDNKK"
Catat Ulasan