Linda
Rafar hari ini telah menghantar borang permohonan pengesahan lafaz cerai yang
dibuat suaminya, Syed Aiman di pejabat pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Shah
Alam. Pelakon tersebut tiba di mahkamah pada 9.30 pagi bersama beberapa ahli
keluarga.
Menurut
Linda, suaminya itu melafazkan cerai terhadapnya kira-kira 7.30 pagi Selasa lalu
di kediaman mereka di sini dengan disaksikan ibu dan dua anaknya. Tambah Linda,
dia sukar menerima tindakan suaminya itu kerana dia tidak melakukan apa-apa
kesalahan malah sentiasa bersabar dengan apa saja dugaan dalam rumah
tangganya.
“Saya
fobia dan tawar hati dengan dia terhadap apa yang berlaku ini malah dia tidak
mengaku dengan apa yang dilafazkan,” jelasnya kepada Harian Metro.
Syed
dan Linda mendirikan rumah tangga pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan dua anak
lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 6, dan Syed Rezariiq, 3. Sebelum ini, Syed menafikan bahawa dia telah melafazkan cerai terhadap Linda dan
mahu kembali memperbaiki hubungannya bersama isteri.
0 Response to "Linda Rafar Dedahkan Semua Penipuan Melampau Bekas Suami Syed Aiman"
Catat Ulasan