6 Fakta Penting Kejadian Kren Jatuh Timpa Jemaah Haji Di Masjidil Haram Ramai Tidak Tahu
1.
87 jemaah Haji menjadi korban
Sehingga
2.30 pagi tadi, 87 jemaah menjadi korban dan sekurang-kurangnya 183 orang
cedera. Sumber: My Metro
2.
6 jemaah Haji Malaysia cedera
Tabung
Haji (TH) mengesahkan enam jemaah haji Malaysia cedera dalam kejadian kren
runtuh berhampiran kawasan saie di Masjidil Haram, kira-kira 5 petang waktu Arab
Saudi (10 malam waktu Malaysia). Sumber: My Metro
3.
Seorang mangsa daripada Jemaah Haji Malaysia patah kaki
Ketua
Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata setakat
8.45 malam waktu Arab Saudi, seorang daripada mangsa berkenaan patah kaki
sementara lima lagi cedera ringan. Menurutnya, mangsa yang cedera terdiri empat
lelaki dan dua wanita. Pasukan
kebajikan perubatan dan peronda TH sudah dikerahkan untuk memberi rawatan dan
pemeriksaan di kawasan terbabit. Sumber: My Metro
4.
Faktor hujan lebat & ribut
Difahamkan,
kejadian berlaku ketika hujan lebat dan ribut yang melanda Tanah Suci selepas
waktu Asar. Menurut beberapa penduduk di sini, hujan lebat berkenaan adalah
fenomena yang agak luar biasa kerana ia kali keempat dalam tempoh sebulan. Sumber
: My Metro
5.
Kren jatuh di kawasan Saie
Apa
yang kita tahu kren di luar kawasan saie jatuh di kawasan saie mengakibatkan
serpihan bumbung dan sebahagian kren jatuh di kawasan tawaf menimpa jemaah
haji. Sumber
: My Metro
6.
Jangan percaya spekulasi
Datuk
Syed Saleh Syed Abdul Rahman menasihatkan orang ramai jangan percaya kepada
spekulasi tidak rasmi mereka perlu merujuk maklumat disiarkan media rasmi TH
dari semasa ke semasa. Ahli
keluarga mangsa yang terbabit dengan kejadian sudah dimaklumkan dan sebarang
maklumat berkaitan boleh menghubungi Pusat Maklumat TH di 03-62071919. Sumber
: My Metro
0 Response to "6 Fakta Penting Kejadian Kren Jatuh Timpa Jemaah Haji Di Masjidil Haram Ramai Tidak Tahu"
Catat Ulasan