Ramai Terkejut Bila Nazim Othman Umun Dan Edar Kad Kahwin

Baru sahaja beberapa minggu lalu keluar artikel mengenai percintaan pelakon Nazim Othman dan seorang pramugari kacukan Cina-Melayu, tup tup hari ni portal Murai pula mendapat jemputan Raja Sehari daripada mereka pula.

Cantik jemputan yang bertarikh 11 September 2015 yang dihantarkan kepada kami itu. Siap ada gambar mereka berdua dengan Nazim segak dengan uniform Pilot lagi.

Namun dalam jemputan itu, Nazim hanya menggunakan nama Captain N dan pasangannya, Ms N sahaja. Amboi buat suspen saja.

Bila lihat balik jemputan yang diberikan, Murai Batu sempat baca aturcara yang diberikan. Dalam aturcara itu tiada pula majlis akad nikah sebaliknya hanya pertunjukan video dan sesi soal jawab oleh media sahaja.

Mengapa tiada majlis akad nikah dan hanya mempersembahkan video sahaja? Video apa pula? Ish suka la buat Murai Batu tertanya-tanya.

Nak tak nak, Murai Batu terpaksa lah tunggu 11 September ini apa yang berlaku nanti. Jom kita sama-sama nantikan. Portal Murai akan bawa liputan dan laporan untuk semua pembaca nanti.

Related Posts :

0 Response to "Ramai Terkejut Bila Nazim Othman Umun Dan Edar Kad Kahwin"

Catat Ulasan