Perunding
kesihatan, pemakanan dan kecergasan Kevin Zahri akui berasa risau terhadap
kesihatan diri pelajar #AF2015 Bila yang agak sukar untuk menurunkan berat badan
sepanjang berada di dalam Akademi.
Ini
berikutan penyediaan pelbagai jenis makanan enak yang terdapat di dalam akademi
tersebut sehingga menyukarkan Bila untuk menjalani diet seimbang.
Bagaimanapun,
Kevin Zahri yakin bahawa Bila mampu untuk mengurangkan berat badannya selepas
tamat pengajian di Akademi nanti dengan bantuan pakar diet.
“Saya
mohon jangan salah anggap dengan pendapat saya mengenai Bila.Saya memahami
situasi dalam akademi yang dilimpahi pelbagai jenis makanan serta juadah yang
enak.
“Saya juga difahamkan, ada juga pelajar yag naik berat badan dek kerana ‘too much eat’. Tetapi bagi saya, setiap orang ada cara dan pendirian masing-masing.
“Saya juga difahamkan, ada juga pelajar yag naik berat badan dek kerana ‘too much eat’. Tetapi bagi saya, setiap orang ada cara dan pendirian masing-masing.
“Untuk
mengurangkan berat badan itu, tidak boleh turun dalam masa yang singkat. Ia
memerlukan komitmen, displin serta kemahuan yang tinggi untuk mencapai BMI yang
ideal,” kata Kevin seperti yang dilapor Portal Murai.
Dalam
pada itu, Kevin juga terlibat dalam program
Astro Bella Jom Kurus Cabaran 30 Hari yang akan ditayangkan bermula pada 4
Oktober depan di Astro Bella (saluran 133) dan Mustika HD (saluran
134).
Sumber: Portal Murai
Sumber: Portal Murai
0 Response to "MELAMPAU!! Kata-Kata Kevin Zahri Kepada Bila AF2015 Bikin Sentap!!!"
Catat Ulasan