Tampin : Seorang pembantu hakim
Mahkamah Rendah Syariah Tampin, di sini, cedera parah selepas kenderaan yang
dipandunya terbabit kemalangan susulan mengelak lubang di atas jalan di
kilometer 26, Jalan Tampin-Gemas, di Kampung Tengah, di sini,
semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.40
pagi itu, mangsa, Mazlinda Murtadza, 25, dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan
Najihah (HTAN) di Kuala Pilah selepas mengalami kecederaan parah di tulang
rusuk, pendarahan dalam paru-paru dan patah tulang paha.
Menurut suami mangsa, Mohd Fahmi
Mahmod, 28, dia menerima panggilan pada jam 7.53 pagi semasa bekerja di dalam
Kem Syed Sirajuddin Gemas dan segera ke lokasi kejadian bagi melihat keadaan
isterinya.
“Sebaik tiba di lokasi, saya
berasa sangat berdebar apabila melihat keadaan kereta dari jauh. Bagaimanapun,
pada masa berkenaan isteri saya sudah dibawa ke Klinik Kesihatan Gemencheh dan
terus ke hospital di Kuala Pilah.
“Semasa di lokasi, saya mendapati
terdapat lopak air dipercayai susulan paip pecah di atas kiri dan kanan jalan.
Kini, isteri saya sedang menjalani pembedahan di hospital dan doktor menyatakan
isteri saya kini berada dalam keadaan 50/50,” katanya.
Fahmi berkata, jika diikutkan
sejak hampir dua tahun lalu, isterinya seperti biasa akan keluar dari rumah sewa
mereka di Kampung Londah, Gemas sekitar jam 7.00 pagi untuk ke tempat kerja di
Tampin.
Sementara itu, Jurucakap Polis
berkata, kemalangan berkenaan membabitkan tiga buah kenderaan iaitu kereta jenis
Produa Viva dari arah Gemas dan kereta Proton Waja serta Proton Iriz dari arah
Tampin.
Menurutnya, berdasarkan siasatan
awal, kereta jenis Produa Viva yang dipandu Mazlinda dari Gemas menuju ke Tampin
cuba mengelak lopak air di bahagian kiri yang dipercayai terbentuk susulan paip
pecah.
“Kereta Produa Viva berkenaan
masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Proton Waja. Dalam
masa yang sama, sebuah lagi kenderaan iaitu kereta Proton Iriz yang berada di
belakang kereta Proton Waja gagal mengelak lalu merempuh bahagian belakang
kereta Proton Waja.
“Pemandu kereta Proton Waja wanita
berusia 48tahun cedera patah tulang pinggul dan dikejarkan ke HTAN dan
seterusnya dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di
Seremban.
Menurutnya, pemandu kereta Proton
Iriz iaitu wanita berusia 28 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan
serius.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen
43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Untuk rekod, Sinar Harian pada 15
Julai 2013 melaporkan berhampiran lokasi kejadian terdapat kes kemalangan maut
membabitkan seorang juru X-ray dari Segamat ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di
Seremban.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.00
pagi itu, kereta yang dipandu mangsa, Siti Mariam Zakaraia, 25, hilang kawalan
selepas melanggar lubang di atas jalan yang sudah membentuk lopak air lalu
terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh sebatang
pokok.-Sinar
0 Response to "Sayu : Isteri saya kini 50/50 - Fahmi"
Catat Ulasan