LONDON — Seorang model
majalah bogel, Chelsea Ferguson, terpaksa ‘diboikot’ daripada muncul menerusi
laman sosial Snapchat gara-gara sering memuat naik foto dirinya yang terlalu
seksi, lapor media tempatan.
Wanita muda Britain ini
dianggap sengaja mempamerkan kemontokan tubuhnya secara berlebihan dan di luar
batas etika pihak pentadbir Snapchat sehingga memaksa akaun milik Chelsea
dibekukan buat sementara waktu.
Beberapa muat turun
kontroversi oleh penari tiang di kelab bogel Blue Velvet di Newcastle ini yang
pernah disiarkan Snapchat seperti memasak sarapan, selfie di cermin dan
katil, semuanya dilakukan tanpa pakaian.
Selain berkhidmat sebagai
model, keayuan foto aksi berani Chelsea yang mungkin ‘mencairkan’ iman
kebanyakan lelaki Inggeris turut dinobatkan oleh akhbar sensasi
terkenal, Daily Star sebagai ‘Snapchatter paling
seksi’.
Chelsea malah mendakwa
dirinya memang layak namun, rayuan manjanya itu enggan dilayan pihak Snapchat
sebaliknya pentadbir media sosial perkongsian video tersebut berkeras terus
menyekat akaun milik model itu.
“Saya adalah ratu Snapchat.
Saya rasa mereka (Snapchat) wajar mengizinkan saya untuk kembali ke Snapchat
bagi saya dapat bergaul mesra semula dengan setiap peminat saya,” tegasnya yang
dipetik oleh Daily Star.
Peliknya, selama ini,
Snapchat memang dikenali di seluruh dunia sebagai laman sosial penyebaran
kandungan berbaur separuh lucah, namun, CEO Snapchat, Evan Spiegel telah
berkali-kali membantah persepsi tersebut.
Menurut beliau, Snapchat
tidak pernah diwujudkan untuk menjadi platform media sosial yang berkait rapat
dengan segala unsur pornografi, sekali gus menggalakkan aktiviti seks bebas dan
jenayah serangan seksual.
“Jangan gunakan Snapchat
untuk hal-hal melanggar peraturan. Jika anda di bawah umur 18 tahun, pastikan
anda memuat turun gambar dengan baju masih lagi terpasang!” kata sinis jurucakap
Snapchat yang enggan dikenali.
Berasa aspirasi dirinya
tidak lagi didengar, Chelsea pun ‘beralih arah’ kepada laman Twitter dan sudah
mula aktif memasukkan beberapa foto seksi yang asalnya daripada Snapchat
dipindahkan ke akaun Twitter @chelsfergo.
Setakat ini, pentadbir
Twitter belum mengambil apa-apa langkah progresif seperti Snapchat dan
membiarkan pengguna lelaki bebas dulu menikmati ‘khazanah’ erotik Chelsea secara
percuma.
0 Response to "Model Bogel Chelsea Ferguson, Diboikot Snapchat Kerana Terlalu Seksi"
Catat Ulasan