ENTAH sejak bila, fenomena
‘relationship goals’ tiba-tiba melanda para gadis seluruh dunia termasuk di
Malaysia.
Kononnya, mengharapkan
kisah cinta sempurna bak seindah kayangan dengan kehadiran ‘prince charming’
yang romantis.
Semuanya gara-gara tabiat
anak muda yang suka menunjuk kehebatan dan kesenangan hidup di laman sosial
sehingga menyebabkan ramai gadis terpengaruh lalu mengimpikan sesuatu yang tidak
rasional.
Sebagai contoh,
mengharapkan teman lelaki menghadiahkan itu ini, memberi layanan romantis dan
bermacam-macam lagi.
Sedangkan realitinya, tidak
semua lelaki berkemampuan untuk menunaikan impian kekasih hati yang gilakan
‘relationship goals’ ini. Lainlah kalau teman lelaki anda sememangnya kaya
raya.
Senang cakap, golongan
wanita yang gilakan ‘relationship goals’ ini sebenarnya materialistik dan penuh
dengan angan-angan kosong seperti ‘Mat Jenin’.
Akibat sikap ‘hidup segan
mati tidak mahu’ ini jugalah, menjadi punca ramai wanita menjadi
andartu.
Barangkali, kisah lelaki
yang telah putus bersama teman wanitanya ini boleh dijadikan pengajaran buat
semua wanita di luar sana agar berpijak di bumi yang nyata.
Menerusi perbualan lelaki
ini dan rakannya, dia meluahkan rasa kecewa dengan sikap teman wanitanya yang
berangan mahukan lelaki kaya dan boleh berikan segala-galanya.
Berikutan itu, lelaki
ini berharap agar dipertemukan wanita bergelar isteri yang boleh mengharungi
susah senang hidup bersamanya.
Semoga luahan pilu lelaki
ini sedikit sebanyak dapat mengubah sikap wanita agar tidak terlalu mengejar
‘relationship goals’.
Ketahuilah, nenek moyang
dan ibu bapa kita sampai kini masih bahagia bersama tanpa mengenal apa
itu ‘relationship goals’. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "PANAS - Awek Minta ‘Break’ Kerana Gilakan ‘Relationship Goals’"
Catat Ulasan