Bekas suami Raja Farah iaitu Megat
Bashirun Qhuyum Zakaria mendoakan kebahagian wanita itu yang bakal berkahwin
buat kali kedua pada Ahad ini.
Megat, 30, berkata, Raja Farah atau nama
sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27, layak untuk mendapat kebahagian serta
memilih jalan yang dirasakan terbaik buatnya.
"Saya mendoakan yang terbaik untuk bekas isteri saya, semoga mereka sentiasa berada di dalam rahmat Allah dan berbahagia hingga hujung nyawa.
"Kami masing-masing layak untuk mendapat kebahagian dan pilih jalan kami sendiri," ujarnya kepada mStar Online menerusi mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini, Jumaat.
Megat diminta mengulas tentang perkahwinan Raja Farah dengan ahli perniagaan berusia 33 tahun pada Ahad ini yang akan diadakan di sebuah masjid di Shah Alam dekat sini.
Bagaimanapun, Megat enggan mengulas sama ada dia hadir atau tidak pada majlis tersebut.

Dalam pada itu Megat turut meminta agar
masyarakat tidak lagi mempersendakan hal-hal masa lalu berkaitan kegagalan rumah
tangga mereka.
"Saya tidak mahu ulas lebih sehingga membuka peluang orang mencemar maruah saya... cukuplah dengan doa dan harapan pada dia," ujarnya.
Ketika ditanya tentang kehidupan peribadinya kini, Megat berkata dia belum lagi mempunyai pengganti dan selesa menghabiskan masa bersama keluarga dan teman-teman.
"Saya masih belum ada pengganti dan sekarang saya beri ruang untuk keluarga dan teman-teman sahaja. Saya serahkan soal jodoh kepada Allah," ujarnya.
Terdahulu, Raja Farah dan Megat telah bercerai pada 25 Mei lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

-mstar
0 Response to "Raja Farah Bakal Nikah Ahad Ini"
Catat Ulasan