Tandas tidak berfungsi, pesawat MH19 buat pendaratan tidak berjadual

Sepang: Pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) MH19 yang melakukan pendaratan tidak berjadual di Chennai, India selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 10.37 pagi hari ini.

Media antarabangsa hari ini melaporkan, pesawat berkenaan sebelum ini dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terpaksa melakukan pendaratan tidak berjadual di Chennai selepas tandas dalam pesawat itu tidak berfungsi.

Pesawat berkenaan berlepas dari Amsterdam jam 12.08 tengah malam waktu tempatan dan sepatutnya tiba KLIA jam 6.10 pagi tadi.

Pelancong, Hilda Jekel berkata, pada mulanya penerbangan pesawat tidak menghadapi sebarang masalah.

“Bagaimanapun selepas beberapa jam, tiga daripada enam tandas tidak berfungsi dengan baik.

“Kemudian, semua tandas tidak berfungsi menyebabkan juruterbang terpaksa mendarat ke Chennai,” katanya ketika ditemui di KLIA.

Katanya, mereka menunggu lebih satu jam dalam pesawat bagi membolehkan tandas diperbaiki. - Bernama

0 Response to "Tandas tidak berfungsi, pesawat MH19 buat pendaratan tidak berjadual"

Catat Ulasan