LAHAT
– Seorang wanita terkejut apabila menemui sebutir peluru tertanam di pinggangnya
sejak 13 tahun lalu.
Roshalinda
Abdul Hamid, 27, berkata, dia menjumpai peluru itu secara kebetulan selepas
berasakan terdapat benjolan seperti bisul di pinggangnya.
Menurutnya,
kelainan pada badannya itu dirasakannya pada pertengahan bulan lalu .
“Apabila
picit, saya memang terkejut dan tak sangka peluru yang keluar,” katanya kepada
pemberita ketika ditemui di Taman Desa Pelancongan, di sini.
Roshalinda
berkata, meskipun peluru itu sudah lama tertanam di badannya, dia tidak sakit
namun kerap berasa lenguh di pinggang sebelum melahirkan anak kedua.
Terkena
peluru sesat
Mengimbau
peristiwa 13 tahun lalu, Roshalinda berkata, dia yakin peluru itu adalah objek
yang tertusuk di peha kanannya ketika dia menyambut Aidilfitri di kampung
halamannya.
Menurutnya,
kejadian tersebut berlaku pada pagi raya kedua, ketika itu dia ingin menjamah
makanan di ruang tamu rumah ibu saudaranya yang terletak di Selinsing.
“Masa
nak duduk di sebelah mak, tiba-tiba terdengar bunyi letupan sebelah kanan saya,
mak jerit dan beritahu yang kain batik saya dibasahi darah.
“Meskipun
terkejut melihat darah membasahi kain batik yang dipakai, saya hanya mendiamkan
diri manakala ayah waktu itu terus bergegas bawa saya ke sebuah hospital di
Taiping untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Dia
berkata, doktor di hospital itu mengatakan peha kanannya tidak ditembusi peluru
sebaliknya hanya terkena serpihan mercun.
Roshalinda
berkata, penjelasan doktor itu agak sukar diterima oleh ahli keluarga terutama
abang sulungnya yang ada bersama ketika ujian X-ray dilakukan pada luka
berkenaan.
“Polis
yang ambil laporan saya di Balai Polis Gunung Semanggol sebelum ini turut
sependapat mengatakan objek itu adalah peluru berdasarkan kesan terbakar
berbentuk bulat pada kain batik,” katanya.
Roshalinda
berkata, selepas kejadian itu luka di paha kanannya beransur sembuh seperti
sediakala dan dia menjalani kehidupan seperti biasa.
“Saya
juga tak jalani pemeriksaan lanjut di mana-mana pusat perubatan selepas kejadian
itu disebabkan luka tersebut beransur sembuh seperti sediakala,” katanya.
Tak
tahu angkara siapa
Sementara
itu, bapanya, Abdul Hamid Chin, 61, pula berkata, sehingga kini, dia masih
bingung memikirkan kejadian yang menimpa anaknya sekitar 13 tahun lalu.
Menurutnya,
kediaman kakak iparnya jauh dari rumah penduduk lain dan dikelilingi
sawah.
“Yang
menjadi persoalan, siapa dan bagaimana peluru itu boleh tersasar sehingga
memasuki rumah kakak ipar saya yang terletak jauh dari penempatan penduduk
lain,” katanya.
Abdul
Hamid berkata, peristiwa yang terjadi itu menyebabkan kakak iparnya mengambil
keputusan menjual rumah berkenaan dan berpindah ke tempat lain.
Jelasnya,
kakak iparnya takut kejadian yang sama berulang dan membuat keputusan
demikian.
“Kami
sekeluarga bagaimanapun bersyukur kerana kejadian yang menimpa anak saya itu
tidak mengakibatkan kecederaan teruk atau kesan sampingan.
“Alhamdulillah,
cuma sedikit terkilan kerana doktor yang pernah merawat anak saya dulu bertegas
mengatakan paha kanan anak saya itu tidak ditembusi peluru,” katanya.
– Sinar Harian Online
0 Response to "13 Tahun Peluru Tertanam Di Pinggang"
Catat Ulasan