MELBOURNE —
Deman telefon pintar terbaharu iPhone 6s keluaran paling canggih firma Apple
nampaknya betul-betul mencetuskan suatu fenomena sensasi di seluruh dunia di
sebalik harganya yang bukan murah pun.
Di
China, bakal pembeli gajet ini sanggup menderma air mani mereka sendiri bagi
mendapatkan tukaran produk itu di hospital tertentu malah di banyak negara, ada
sanggup tidur beratur di luar kedai iPhone sejak lewat malam.
Namun,
kisah moral di Australia ini bukan sahaja lucu tetapi di sebalik kegilaan ramai
remaja mahu menjadi kumpulan pertama membeli iPhone 6s, pembeli wanita ini
ternyata seorang yang berhati jujur dan tidak tamak.
Media
tempatan melaporkan, Lisa Daniel dari Balnarring, Semenanjung Mornington, negeri
Victoria dekat sini berasa bingung kerana mendapat sehingga lima unit telefon
pintar itu meskipun dia hanya memesan satu sahaja.
Model
iPhone 6s itu sebenarnya baharu dijual secara rasmi di pasaran seluruh Australia
pada Jumaat serentak dengan beberapa negara maju lain, manakala kebanyakan
negara Asia dijangka bermula pertengahan bulan ini.
“Anehnya
saya pula dapat gajet ini pada Isnin (28 September) lalu setelah saya masuk ke
laman web telco saya,
saya buat pesanan iPhone 6s dan barangnya tiba tepat lima hari lebih awal
daripada tarikh pelancaran,” ceritanya.
Wanita
ini mengulas lanjut: “Kemudian
satu unit lagi tiba, dan kemudian satu lainnya. Sampailah kelmarin (Khamis, 1
Oktober), lima set iPhone 6s sudah pun ‘selamat’ dihantar melalui pos kurier ke
pintu rumah saya.”
Lisa
menyatakan, kelima-lima telefon pintar itu dikirim oleh syarikat perkidmatan
kurier yang sama, sekali gus menyebabkan dia tampak berasa bingung dengan
penghantaran secara berulang tersebut, bukan satu tapi lima!
“Pihak
kurier ‘malang’ ini mungkin bosan mengirim ke rumah saya. Pekerja syarikat itu
bahkan sempat bertanya apakah mereka pun boleh memiliki lima iPhone 6s, waima
jika ia cuma dipinjam,” ujar Lisa secara berjenaka.
Pada
satu ketika, pekerja kurier itu mengetuk pintu rumah Lisa ketika dia sedang
menghubungi syarikat telekomunikasi tempat ia berlanggan talian telefon
bimbitnya untuk melaporkan masalah luar biasa tersebut.
“Saya
sedang tunggu maklum balas di telefon. Waktu mereka kembali berbicara kepada
saya tentang masalah pengiriman kembali, saya berkata, ‘Anda tak akan percaya,
tetapi set kelima baru sahaja tiba’,” katanya lagi.
Lisa
akhirnya memutuskan untuk bersifat amanah dan mengembalikan keempat-empat unit
tambahan itu, meskipun beberapa rakannya ‘marah’ kerana mereka sendiri masih
menunggu kiriman tempahan iPhone 6s.
“Mereka
semua kata, saya boleh lelong atau simpan sahaja baki empat yang terlebih itu,
tetapi ibu saya pernah didik saya sejak kecil agar bersifat amanah dan tidak
tamak apabila dapat rezeki bukan milik kita,” tuturnya.
Lisa
mengatakan, penyedia perkhidmatan telekomunikasi langganannya menyebut
kemungkinan ada masalah teknikal menerusi laman web mereka menyebabkan dia boleh
‘bertuah’ mendapat sehingga lima unit iPhone 6s.
“Itu
cukup lucu. Saya masih tidak yakin apakah saya akan terima lebih banyak
lagi,” katanya sambil menambah: “Saya
minta maaf kepada kawan saya yang sedang tunggu iPhone 6s, tetapi ada 4 unit di
rumah saya.”
Bahkan
Lisa berharap perbuatan baiknya akan menerima balasan baik pada masa depan dan
sempat bergurau: “Mungkin
mereka akan ‘balas’ saya dengan hantar balik iPhone 6s itu kepada
saya.” – Agensi
0 Response to "Tempah 1 Unit iPhone 6s Tapi Dapat 5 Set Pula!"
Catat Ulasan