
Alor Setar: “Saya terpaksa mencari daun
untuk menutup tubuh selepas ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan hanya
berpakaian dalam dan berjalan sejauh beberapa meter untuk meminta bantuan
sebelum diselamatkan seorang lelaki lalu dibawa ke masjid dan diberi
pakaian.”
Demikian kata
seorang gadis yang mahu dikenali sebagai Awien, 21, ketika menceritakan
pengalaman mengaibkan selepas diserang dua wanita dan seorang lelaki yang
memukul sebelum menanggalkan pakaiannya.
Dia kemudian
ditinggalkan di tepi jalan di Jeniang, Sik, dekat sini, Ahad lalu akibat
perselisihan faham berkaitan bekas teman lelakinya.
Dalam kejadian
kira-kira jam 2.30 petang, Awien yang berada di sebuah pusat siber berhampiran
Masjid Aman, di sini, kerana sedang menunggu teksi untuk pulang ke kampungnya
terkejut apabila didatangi wanita berusia 30 tahun yang juga isteri kepada bekas
teman lelakinya bersama seorang lelaki berusia 32 tahun dan seorang lagi wanita
yang kemudian menyerangnya.
Menurutnya,
dia kemudian meminta untuk berbincang dan menyelesaikan secara baik kerana orang
ramai menyaksikan kejadian itu.
0 Response to "Awien terpaksa cari daun untuk dijadikan pakaian selepas dia diserang"
Catat Ulasan