Mengakui
masih sayangkan suami dan juga anak-anak, Linda Rafar yang pernah memfailkan
penceraian sebelum ini mengesahkan kini mereka sedang dalam proses untuk kembali
rujuk, demi cinta yang masih utuh.
“Ya, kami dalam proses untuk rujuk. Saya akan hentikan
kes itu dalam masa terdekat ini.Saya akui, fasa itu bermula kerana sedang
mengandung. Itulah yang memberikan kesan sehingga saya melakukan perkara yang
mengarut. Wanita mengandung. Biasalah memang akan cepat sensitif”
“Buat
masa ini, saya dan Syed akan berbincang semula mengenai kehidupan kami. Kami
juga akan berbincang dengan pihak keluarga untuk langkah seterusnya demi
mengukuhkan kembali ikatan kekeluargaan ini,” jelas Linda kepada Utusan Malaysia.
Selain mengakui dirinya terlalu mengikut perasaan
ketika mengandung, Linda juga menerangkan bahawa dia mahu menjadi isteri yang
paling lengkap untuk suami dan mengimpikan keluarga yang sempurna malah demi
perasaan sayangnya itu jugalah yang menyatukan mereka kembali.
“Kami
kembali ini juga kerana Syed masih sayangkan saya dan anak-anak. Saya akui,
sikap tidak matang saya membuatkan saya cepat membuat keputusan yang
terburu-buru. Perkahwinan sangat suci. Bagi saya perkahwinan itu sangat naif dan
kita yang perlu mencorak dan membentuknya”
“Kami
berdua pernah gagal dalam perkahwinan pertama. Perkara itu memberikan kami
banyak pengajaran. Takut lagi untuk hadapi semua itu. Tapi, saya bersyukur
kerana apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya sendiri perlu bersangka baik
jika diuji perkara sebegini. Doakan kami ya,” katanya.
0 Response to "Linda Rafar Menyesal Dengan Keputusan Ikut Perasaan. . Status Perkahwinan Terkini Linda Rafar"
Catat Ulasan