
Setiap
orang pasti ada kisah silam tersendiri, sama ada baik atau buruk kadang kadang
ianya akan kembali menghantui kita yang mahu melupakannya. Cewah. Tidak
terkecuali pelakon lelaki yang terkenal dengan imej bad boy, Ammar Alfian yang
kembali menjadi bualan ramai.
Sejak
akhir akhir ini, Ammar
Alfian dilihat banyak memuat naik gambar dirinya di Instagram yang
menampakkan tatu di bahagian bahu beliau dan ini menimbulkan persoalan di
kalangan peminat sama ada tatu itu bersifat sementara atau kekal.
Bercakap
kepada Harian Metro hari ini, Ammar
Alfian mengakui beliau tidak berniat untuk mencari publisi murahan dengan
menayangkan diri tanpa berbaju di Instagram kerana ramai juga selebriti yang
melakukan perkara sebegitu selama ini.
“Tatu
di dada dan bahu saya itu dibuat selepas putus cinta dengan seorang pelakon
kira-kira dua tahun lalu. Niat saya memuat naik gambar dalam keadaan begitu
kerana itu adalah diri saya. Inilah kehidupan saya. Saya tidak perlu menjadi
orang lain demi menjaga hati orang lain,” jelasnya.
Ammar
Alfian juga menambah yang beliau ada rancangan untuk membuang tatu berkenaan
namun belum berkesempatan selain kesan buruk epada kulitnya beliau menangguhkan
dahulu hasrat tersebut selain berharap dapat melakukannya di luar negara.
“Mereka
turut menyarankan saya melakukannya di Amerika Syarikat kerana di sana kaedahnya
lebih bagus tanpa sebarang kesan parut. Jika ada rezeki memang saya mahu ke sana
untuk membuang tatu ini,” tambahnya.
0 Response to "PANAS!! Pelakon Lelaki Popular Badan Sador Akhirnya Tunjuk Badan Bertatu Timbulkan Kontroversi!"
Catat Ulasan