Saya 
sedang makan tengah hari di KFC IT Park (Filipina) baru-baru ini. Ketika saya 
hampir menghabiskan makanan, datang seorang lelaki tua berpakaian lusuh, 
menyandang beg hitam masuk ke dalam dan menghampiri saya yang duduk berhampiran 
dengan pintu masuk. Dia menunjukkan kepada saya yang tangannya patah. Dia juga 
berkata sesuatu kepada saya, namun tiada sepatah pun yang saya faham. 
Bagaimanapun, 
saya menghulurkan sedikit wang kepada lelaki itu walaupun saya jarang 
melakukannya kerana saya lebih gemar membelikan makanan untuk diberikan kepada 
golongan ini. 
Dia 
juga menunjukkan kepada saya sepucuk surat yang kepala surat tertulis "Dari 
Pejabat Datuk Bandar". Malangnya saya tidak dapat membacanya. Lalu pengurus KFC 
berkenaan datang ke arah kami. Saya menjangkakan dia akan menghalau lelaki tua 
itu tetapi tidak. Sebaliknya, dia menawarkan makanan kepada lelaki itu dan juga 
turut berbual dengannya.
Sukar 
untuk mengambarkan perasaan saya melihat adegan ini di depan mata saya sendiri 
apabila pengurus KFC itu memberikan dia makanan dan sedikit wang serta 
menghantar lelaki tua itu keluar sampai di pintu premis KFC. Saya hanya 
tersenyum panjang melihat peristiwa ini dengan perasaan yang penuh bersyukur dan 
kagum.
Setelah 
lelaki tua itu pergi, saya pergi bertanya pada pengurus KFC berkenaan apa yang 
dibualkan oleh mereka serta meminta izinnya untuk memuat naik gambarnya di laman 
sosial. Apa yang dia minta hanya tidak memasukkan namanya. 
Menurutnya, 
mengikut polisi restoran, mereka tidak dibenarkan bertolak ansur dengan 
pengemis. Namun, dia tidak dapat menahan dirinya dari bersimpati terhadap lelaki 
tua itu tadi, lagi-lagi melihat lengan lelaki tua itu cedera. 
"Saya 
juga mempunyai seorang bapa seusianya. Bagaimana perasaan awak jika lelaki tua 
itu adalah ayah kandung awak sendiri?" katanya. 
Tambahnya 
lagi, anak lelaki tua itu juga turut mengalami masalah mental dan dia tidak 
mempunyai pilihan yang lain untuk menjaga anaknya sendiri.
Dalam 
perjalanan keluar dari restoran, aiir mata saya berlinangan. Perkara ini 
membuatkan kita terfikir akan ramai orang yang merungut tidak mendapat benda 
yang mereka mahukan seperti beg atau kasut yang mahal sedangkan ada orang lain 
di luar sana tidak makan seharian atau tidak mampu mendapat rawatan perubatan. 
Sehingga ada yang sanggup bertelan-jang semata-mata mahu mendapatkan iPhone 6 di 
China baru-baru ini.
Dalam 
masa yang sama, saya juga kagum dan lega bahawa masih ada orang yang baik hati 
di luar sana seperti pengurus KFC berkenaan yang menawarkan makanan kepada 
lelaki tua itu tadi. Tindakan mereka itu mengajar kita untuk bersimpati terhadap 
orang yang mengalami kesusahan tanpa melihat status, jantina, warna kulit, 
bangsa atau apa-apa saja. 
Semoga 
Tuhan merahmati anda dan dunia memerlukan lebih ramai orang yang baik seperti 
anda! - Matteo Guidicelli
- THEHYPEMEDIA.COM

0 Response to ""BAGAIMANA JIKA LELAKI TUA ITU ADALAH AYAH KANDUNG AWAK SENDIRI?""
Catat Ulasan