Kuala Lumpur – Polis menahan seorang jurutera 
berbangsa Cina yang menyamar sebagai anggota Tentera Kem PULADA yang berpakaian 
lengkap ATM (celoreng digital) berpangkat Leftenan Muda di belakang masjid dalam 
keadaan mencurigakan.
Menurut sumber, suspek dikatakan telah singgah di 
masjid PULADA untuk membuang air dan ditangkap orang awam kemudian, ditahan 
untuk disoal siasat oleh Pegawai Bertugas kemudian di bawa ke balai Ulu 
Tiram,semalam.
Suspek keturunan Cina itu dikenali sebagai Kau Kuan 
Song, beragama Buddha dan berasal dari Johor.
Hasil pemeriksaan kepada bahan kes iaitu Ipad Mini 
dan juga Iphone 6 kepunyaan suspek dan didapati terdapat banyak gambar suspek 
bergambar dengan berpakaian celoreng digital dan juga celoreng harimau belang 
dengan nama dan juga kor yang berbeza di dalam beberapa masjid termasuklah 
masjid PULADA.
Polis turut merampas kereta jenis toyota Camry, 
geran kereta, kad pelantikan anggota Rela, ad pengenalan, beret Kor KPA, tag 
bernama RUSLI, Ipad mini, telefon bimbit berjenama iphone 6 ketika lelaki itu 
cuba memperdaya orang ramai dengan memasuki masjid tersebut.
Siasatan lanjut juga mendapati suspek berusia 42 
tahun dan merupakan seorang jurutera di kawasan Desa Jaya Johor. – 
SuaraTV
0 Response to "MENYAMAR JADI TENTERA, LELAKI NI SELFIE PAKAI KASUT DALAM MASJID"
Catat Ulasan