Berita Terkini Senarai Sekolah Tutup 5 & 6 Oktober 2015

Berita terkini jerebu senarai sekolah cuti tutup esok Isnin 5 Oktober 2015. Paras bacaan IPU di Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur KL dan Negeri Sembilan pada 4 oktober 2015 mencatatkan IPU jerebu paling tertinggi (tidak sihat) sehingga mencecah bacaan 308 terutama di Shah Alam Selangor dan lain-lain kawasan berada di paras melebihi 200. 

Berdasarkan Makluman Rasmi Terkini KPM, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid telah mengarahkan semua sekolah di seluruh negara kecuali Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah ditutup pada Isnin 5 Oktober 2015 dan Selasa 6 Oktober 2015 ekoran keadaan jerebu yang semakin merosot. Penutupan sekolah di beberapa negeri itu dinyatakan oleh Mahdzir melalui laman Facebook dan Twitternya ahad 4 Oktober 2015.




Pengumuman Terkini Senarai Sekolah Cuti Esok 5 & 6.10.2015 (Rasmi)

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia KPM telah mengarahkan semua sekolah di seluruh negara kecuali Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah ditutup pada Isnin 5 Oktober 2015 dan Selasa 6 Oktober 2015 susulan jerebu. Penutupan sekolah selama dua hari melibatkan semua sekolah di Johor Bahru, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Terengganu dan Pahang.

Senarai Sekolah Tutup Mulai 5 Dan 6 Oktober 2015 (Terkini)


Semua negeri kecuali Sabah, Sarawak, Labuan dan Kelantan.




Terkini Bacaan IPU Jerebu 4 Oktober Mencatat Bacaan Terburuk

Bacaan terkini IPU jerebu paling teruk di 4 negeri melibatkan Selangor, Putrajaya, KL dan Negeri Sembilan direkodkan pada Ahad 4 oktober 2015. Shah Alam, Selangor merekodkan bacaan tertinggi (sangat tidak sihat) dengan IPU pada paras 308. Lima lagi kawasan merekodkan IPU sangat tidak sihat dengan bacaan tertinggi dicatat di Batu Muda, Kuala Lumpur (271), diikuti Petaling Jaya, Selangor (256), Banting, Selangor (249), Pelabuhan Kelang, Selangor (243) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (235). Dua puluh empat kawasan lain mencatat IPU tidak sihat, dengan rekod bacaan tertinggi di Seremban, Negeri Sembilan (200), diikuti Nilai, Negeri Sembilan (198) dan Cheras, Kuala Lumpur (184).



Sumber: melvister.com 

0 Response to "Berita Terkini Senarai Sekolah Tutup 5 & 6 Oktober 2015"

Catat Ulasan