Portal berita Israel, Time of Israel
memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menyifatkan Najib
bercakap sesuatu yang positif mengenai agama Yahudi dan menyifatkan Najib
berbeza dengan beberapa Perdana Menteri Malaysia sebelum ini yang kuat
mengkritik Israel dan yahudi.
Time of Israel mengulas ucapan Najib ketika
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Amerika Syarikat baru-baru
ini.
"Berhubung dengan pertempuran yang berlaku di Masjid Al-Aqsa,
Baitulmaqdis pada sambutan Rosh Hashanah pada tiga minggu lalu, saya menyeru
kerajaan Israel supaya mematuhi prinsip etika tertinggi agama Yahudi dan mesej
penting dalam kitab Taurat seperti rumusan pendeta abad pertama Sebelum Masihi,
Hiillel,"
"Ketika diminta mengulas Taurat secara pendek, Hiillel berkata
"Apa yang kamu benci, jangan lakukan kepada orang lain", kata Najib Razak dalam
ucapan tersebut.
Najib Razak sebelum ini menulis perkara yang sama di
Twitter beliau.
Portal Time of Israel menulis, walaupun ucapan itu
berbentuk kritikan, ianya sangat ketara bagi seorang pemimpin Malaysia untuk
bercakap perkara positif mengenai agama Yahudi dan mengiktiraf Israel sebagai
"teman berbicara".
Portal itu juga turut menyentuh aktivis di Malaysia
berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada Jumaat lepas bagi
membantah kekejaman terbaru Israel terhadap penduduk Palestin.
Portal
Time of Israel menulis perkara tersebut di dalam artikel bertajuk "Malaysian PM
calls for ‘new dawn’ in Muslim-Jewish relations"
0 Response to "Portal Berita Israel Puji Najib Razak Sangat Best, Sifatkan Beliau Berbeza Dari PM Sebelum Ini"
Catat Ulasan