Zed Zaidi yang juga merupakan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman),
kini mahu menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD)
secara serentak di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai satu cabaran
kepadanya
“Saya terkejut juga apabila pihak UMS beri peluang buat Sarjana
dan Doktor Falsafah secara serentak tetapi ini adalah peluang saya untuk
menuntut ilmu bukan sahaja untuk kepuasan diri tetapi berharap dapat memberi
kembali kepada masyarakat pada masa hadapan.
“Ini bukan bebanan tetapi
satu cabaran kepada diri saya sendiri sama ada saya boleh lakukan atau pun
tidak. Sebagai pemimpin saya ingin melihat lebih ramai ahli Seniman menyambung
pengajian di peringkat universiti kerana pendidikan itu bukan sahaja penting
tetapi ia dapat memberi tambah nilai kepada diri mereka”
“Ilmu juga
adalah persediaan pada masa hadapan kerana kita tidak akan selamanya berada
dalam industri ini. Dengan ijazah yang ada kita mungkin boleh menjadi seorang
pendidik selain menyumbang kembali kepada bidang seni,” jelasnya kepada mStar
Online.
Tambah Zed, memandangkan dia memilih untuk membuat kajian, dia tidak perlu
menghadiri kuliah di universiti tetapi perlu bijak membahagikan masa dalam
menyiapkan tugasan selain optimis dapat menyelesaikan pengajian menjelang tahun
2020. Semoga semuanya dipermudahkan dan good luck Zed Zaidi.
Sejurus dia
memberitahu umum akan tindakan dia itu. seorang individu tampil dipercayai
pelajar kepada pensyarah yang sama mengajar Zed Zaidi membuat pendedahan
perangai artis tersebut di dalam kampus! sangat mengejutkan.. Berikut adalah
pendedahan yang dibuat.
0 Response to "KANTOI LAGI....Pensyarah universiti dedah perangai buruk Zed Zaidi ketika di kampus"
Catat Ulasan