Cara Memohon Rumah Transit Di Bukit Jalil


Berita gembira buat pasangan muda yang ingin memiliki rumah sendiri dan mampu milik. Pihak DBKL telah membina satu bangunan untuk diduduki dengan harga yang sangat murah.

Lebih 600 unit dalam Program Rumah Transit oleh KPKT untuk pasangan muda baru berkahwin di Bukit Jalil siap untuk diduduki. Ia untuk pasangan muda berpendapatan rendah dengan sewa serendah RM250 setiap bulan. Bagi yang ingin mendaftar melalui Sistem Pendaftaran Terbuka (SPT) di Lembaga-lembaga Pengarah Perumahan Negeri atau Bahagian Perumahan di Pejabat-pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Manakala untuk Kuala Lumpur, pemohon perlu mengemukakan permohonan di bawah SPT di laman web E Perumahan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kadar sewa akan ditetapkan pada RM250 sebulan dengan setiap pasangan dibenarkan menyewa sehingga dua tahun, dan pada masa yang sama, mereka tidak dibenarkan menyewa rumah berkenaan pada orang lain.

Permohonan-permohonan ini akan disaring mengikut syarat-syarat dan kelayakan yang telah ditentukan di peringkat negeri dan bagi Kuala Lumpur di DBKL. Selepas saringan diperoleh dari sistem pendaftaran online yang dibangunkan ia akan dihantar ke Kementerian untuk tapisan seterusnya bagi memastikan yang benar-benar layak sahaja menduduki rumah transit ini oleh jawatankuasa pemilihan penyewa rumah transit KPKT. Jawatankuasa ini akan juga dianggotai oleh wakil-wakil negeri bersama dengan pegawai dari Kementerian.

Kira-kira 6,000 pemohon dalam SPT yang dikendalikan oleh DBKL dikenal pasti layak untuk menjalani penilaian kelulusan menduduki program Rumah Transit Bukit Jalil.

Syarat untuk layak memohon ialah:

1. Warganegara Malaysia yang berkahwin, dan berusia 30 tahun ke bawah.

2. Pendapatan isi rumah RM3,000 sebulan ke bawah.

3. Tidak memiliki rumah sendiri di Kuala Lumpur.

4. Tinggal dan bekerja di Lembah Klang.

5. Tiada rekod jenayah.

Sedikit info mengenai Program Rumah Transit

Gambar Sekitar Rumah Transit Di Bukit Jalil
P/S : Harap pihak berwajib mampu menyediakan lebih banyak lagi rumah mampu milik seperti ini untuk membantu rakyat.

0 Response to "Cara Memohon Rumah Transit Di Bukit Jalil"

Catat Ulasan